SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Monday, August 17, 2009

PERMATANG PASIR-PEGUAM EXPIED DATE

Belumpun gendang perlawanan di mulakan calon BN terkial-kial menepis dakwaan dan kutukan daripada PR.Tidak sempat lagi masuk ke DEWAN IKBN BUKIT MERTAJAM ternyata calon BN ini telah menipu hidup-hidup dan rahsianya pecah.Macamlah tidak ada calon lain daripada seorang peguam yang telah di tarik lesen guamannya oleh MAJLIS PEGUAM.Jangan ingat PR bodoh,jangan ingat PR tidak siasat siapa sebenarnya CALON BN ini,lihatlah betapa tandusnya BN untuk mencari tokoh yang berkaliber untuk di ketengahkan pada PRK PERMATANG PASIR.

KETUA BAHAGIAN PERMATANG PAUH sedikit cerdik apabila awal lagi sudah menolak untuk menjadi calon,mungkin ROHAIZAT ingin mencari pekerjaan kerana lesen guaman pun sudah di tarik selama dua tahun dan semestinya beliau tiada pekerjaan.Dengan harapan BN menang dan ROHAIZAT akan mendapat pekerjaan sebagai ADUN PRMATANG PASIR.Kenapa lesen guaman beliau di tarik tidak dapat di pastikan,namun ia tetap memberi gambaran buruk bahawa BN tiada tokoh sehinggakan sanggup meletakkan seorang peguam expied date.Melucukan sebenarnya kerana UMNO tidak periksa terlebih dahulu sebelum mengumumkan ROHAIZAT sebagai calon BN,ini membuktikan teknologi internet berjaya membantu PR untuk mengenal pasti siapa sebenarnya ROHAIZAT ini.Hasil daripada laman web MAJLIS PEGUAM sememangnya ROHAIZAT TELAH DI TARIK LESEN GUAMAN.

Siapa tahu mungkin akan ada lagi pendedahan terbaru mengenai peguam expied ini.Inilah yang di namakan calon ONE MALAYSIA.

No comments: