SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Friday, August 7, 2009

ADA PIHAK GILA SAMAN

Rasa lucu juga bila teringat kembali badut-badut yng menjadi kuda kepada UMNO untuk menyaman pihak GMI.Bagi saya isu saman ini sememangnya sudah di duga dari awal perancangan himpunan GMI.Kalau nak saman sangat,samanlah.Tapi kalau peniaga kalah macam mana?peguam UMNO tu pun lari tak cukup tanah nak menjawab.Pihak GMI belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi dan mungkin mereka akan menjawab di mahkamah jika benar ada balachi-balachi UMNO yang berjaya mempengaruhi peniaga supaya menyaman GMI

Hari ini ada lagi persatuan yang ingin menyaman GMI,silakan SAMAN.Belum tentu saman itu memakan masa yang singkat mungkin berbulan-bulan,silap-silap makan tahun.Akhirnya peniaga terkontang kanting sorang-sorang untuk menghadapi proses mahkamah.GMI bukannya pihak yang bodoh seperti yang di sangka UMNO,malang sungguh jika ada peniaga yang termakan hasutan UMNO.Sudahlah HIMPUNAN PRO ISA tidak menjadi,di balas dendam pula kepada GMI.Mungkin cemburu kerana GMI berjaya menghimpunkan puluhan ribu rakyat turun di jalanan.

Saya sendiri berada di sekitar kawasan MASJID INDIA dan JALAN TUNKU ABD RAHMAN semasa kejadian,tiak ada apa yang memudaratkan peniaga cuma mereka mngalam masalah pernafasan dan pedih mata.Saya sendiri juga masuk di tengah-tengah gerai orang MELAYU berniaga di JALAN TUNKU ABD RAHMAN tidak ada apa yang terjejas malahan orang semakin ramai di tambah dengan peserta perhimpunan GMI singgah untuk beli air dan makanan,adakah itu menjadi kerugian kepada peniaga?

Kesesakkan luar biasa yang berlaku di sebabkan road block dan juga jalan yang di tutup oleh polis,mengapa salahkan GMI?BUKANNYA GMI YANG MELAKUKAN SEKATAN JALA RAYA DAN MENUTUP JALAN..LUCU LUCU.Berkokokla pulak PPIM yang akan bertindak sebagai penyelaras untuk mengumpulkan tuntutan-tuntutan daripada individu yang ingin membuat tuntutan kepada GMI,ada yang nak jadi hero hindustan.Di bawah ini saya sediakan gambar hero-hero yang akan berlakon dalam filem"SAMAN OH SAMAN".


HIDUP HARAPAN

No comments: