SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Thursday, August 13, 2009

PELUANG PAS 50 50 UNTUK MENANG!

Di antara sikap terpuji di dalam ISLAM adalah merendah diri ataupun tawaduk kepada allah.Sikap merendah ini perlu ada di dalam diri setiap insan mahupun PARTI POLITIK agar tidak timbul rasa riak,bererti apabila riak akan datang kesombongan dan akhir sekali boleh menjadi zalim.Perkara-perkara sebegini perlu di hindari di dalam kita berjuang menentang REJIM BARISAN NASIONAL.

Sebagai contoh paling hampir ketika ini iaitu PRK PERMATANG PASIR yang akan di adakan pada bulan puasa,walaupun PR telah menang dengan majoriti besar pada PRU 12 2008 sebanyak 5000 lebih namun itu hanya tinggal sejarah dan kita tetap perlu berwaspada dan berusaha.Memang benar sebelum ini kita menang besar tetapi contoh paling hampir kita lihat PRK MANIK URAI.Tidak ada siapa sangka BN akan kalah dengan majoriti tipis tidak sampai seratus.Pengajaran di MANIK URAI perlu di ambil supaya episod serupa tidak berulang di PERMATANG PASIR.Terutama PARTI PAS jangan terlalu over konfiden kerana kita sudah masak dengan taktik BN yang sememangnya penipu.Kita perlu merendah diri di dalam menghadapi musuh walaupun kita sudah agak musuh tetap akan kalah,namun itu jangan membuatkan kita selesa dan marah kepada pihak yang mengatakan peluang untuk PAS menang 50 50.Adakah salah merasakan diri kita juga UNDERDOG walaupun pada hakikatnya kita ada kelebihan.

Pengundi makin cerdik dan bijak untuk menilai mahupun memberi undi,keadaan tidak sama ketika kita menang 8 MAC 2008 dan ia cukup berbeza kali ini.Janganlah kerana ada pihak mengatakan kita 50 50 untuk menang kita merasa marah,apabila kita di bawah tekanan mungkin PR dapat menyusun strategi lebih kemas untuk menguburkan rejim BARISAN NASIONAL.Jangan terlalu selesa di dalam kita berhadaan dengan BARISAN NASIOANAL khususnya UMNO.

Pilihanraya LUNAS tahun 2000,KETIKA ITU SAYA MASIH DI BANGKU SEKOLAH.Media ketika itu konfiden BN akan menang dengan selesa sehingga saya pun ketika itu melihat PKN(PKR) tidak ada harapan untuk menang.Tetapi apabila keputusan ternyata sikap over konfiden BN ketika itu makan diri,kemenangan kepada SAIFUDIN NASUTION dengan majoriti 500 lebih.Pada malam tersebut sunyi sepi semua markaz BN termasuk TV3 yang tidak ulas langsung.Bulan puasa juga menjadi saksi kerusi pertama PKN di dalam DUN KEDAH.Ini di antara pengajran dan pengalaman yang perlu di ambil oleh setiap pemimpin PR mahupun penyokong PR untuk membenam BN kali ini.

No comments: