Rakyat sudah semakin matang dan semakin bersedia untuk berdepan dengan umno dan kelicikan mereka.Tetapi satu "setback" terbesar dan terpenting kepada rakyat sekiranya DSAI dihantar kembali ke penjara atas kesalahan yang cukup jelas direka reka oleh umno.Untuk itu,rakyat juga harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang terburuk ini
SEMARAK REFORMASI
LAGU SELOKA KEDAH
Thursday, August 20, 2009
PERMATANG PASIR-UNDI BN DAPAT DUIT PALSU
Kampung Petani - Beberapa orang penduduk di Kampun Petani menerima wang palsu RM100 yang diletakkan didalam sampul surat yang diselitkan dibawah pintu rumah mereka.
Seorang penduduk, Salim b. Abdul Hamid, 50 tahun mendakwa, isterinya menemui sampul surat berisi 3 keping wang kertas palsu RM100 yang diselitkan dibawah pintu rumahnya pagi ini.
Didalam sampul surat tersebut, mengandungi sebanyak 3 keping wang kertas RM100 dan juga sekeping kertas bertulis "Tolong Menangkan Calon BN".
Beliau yang berkunjung ke Markas Induk N11 juga mendakwa, bukan beliau seorang sahaja menerima wang palsu tersebut tetapi beberapa penduduk di kampungnya juga menerima sampul surat berisi benda yang sama termasuk beberapa penyokong UMNO.
Laporan polis akan dibuat oleh mereka-mereka yang menerima sampul surat berisi wang palsu tersebut di balai polis berdekatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment