SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Wednesday, August 19, 2009

PRK TERBARU DI KEDAH BAKAL BERLAKU?

Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Seputeh, Abu Hassan Sarif kemungkinan digugurkan daripada jawatan kerana gagal hadir dua kali sidang Dewan Undangan Negeri tanpa kebenaran Speaker.

Speaker DUN, Dr Abdul Isa Ismail, berkata beliau sudah menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan Ahad lalu.

Beliau berkata, mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

No comments: