Rakyat sudah semakin matang dan semakin bersedia untuk berdepan dengan umno dan kelicikan mereka.Tetapi satu "setback" terbesar dan terpenting kepada rakyat sekiranya DSAI dihantar kembali ke penjara atas kesalahan yang cukup jelas direka reka oleh umno.Untuk itu,rakyat juga harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang terburuk ini
SEMARAK REFORMASI
LAGU SELOKA KEDAH
Wednesday, August 12, 2009
JIKA MAT SABU TAK TERPILIH?
Parti PAS di khabarkan akan mengumumkan calon bagi PRK PERMATANG PASIR pada 14 ogos ini,biarpun itu kerusi PAS tetapi saya sebagai anak muda berpandangan ia tetap penting walaupun tidak menjadi masalah jika PAS kalah.Tetapi dari satu sudut moral penyokong BN akan kembali pulih jika mereka menang,sememangnya kita hendak melihat UMNO terus terbenam dan terus terbenam.
Pada pendapat saya soal calon juga penting untuk setiap PRK yang berlaku,tak kira di utara tanah air atau selatan tanah air.Terdapat beberapa nama yang menjadi bualan untuk menjadi calon PAS kali ini,sudah tentu nama MAT SABU meniti di bibir oleh peminat setia beliau dan tidak terlepas juga nama psuruhjaya PAS PULAU PINANG yang juga "tidak apa-apa" iaitu SALLEH MAN.Seandainya PAS tidak memilih MAT SABU sebagai calon bagaimana?pada hemat saya PAS PULAU PINANG sudah tidak ingin menggunakan khidmat MAT SABU lagi mungkin khidmat MAT SABU banyak di perlukan untuk urusan pentadbiran PAS PUSAT.Itu pun jika alasan "tidak ada apa-apa" untuk memberi laluan kepada pesuruhjaya PAS PULAU PINANG SALLEH MAN.Keserasian CM LIM GUAN ENG dengan MAT SABU tidak dapat di pertikaikan lagi kerana MAT SABU seorang tokoh politik lama dan di senangi oleh DAP,tambahan pula MAT SABU pernah tinggal satu lokap dengan LIM GUAN ENG.
Saya sebagai orang luar dari PAS hanya melihat sebagai satu keperluan untuk MAT SABU BERTANDING itu perlu,mungkin PAS PULAU PINANG mahupun PAS PUSAT ada rencana tersendiri tak tahu lah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment