SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Wednesday, August 19, 2009

NAJIB GUNA FIRMA PENASIHAT YAHUDI


KETIKA Umno heboh menfitnah Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat, kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Najib Razak, menjadi antara pelanggan awal APCO Worldwide, sebuah firma perunding antarabangsa yang dikuasai Yahudi.

Kerajaan Umno-BN telah memberi kontrak bernilai jutaan ringgit kepada APCO untuk syarikat Yahudi itu menasihati Najib mengenai imej beliau yang tercalar di dalam dan luar negara.

Syarikat milik Yahudi itu juga akan menjadi penasihat utama kepada duta baru Malaysia ke Amerika Syarikat Jamaluddin Jarjis.

Sumber mengatakan antara misi utama APCO dan Jamaluddin ialah memintas sokongan meluas Anwar di kalangan ahli politik, cendiakawan dan tokoh korporat di Amerika Syarikat, khususnya apabila perbicaran Anwar terhadap tuduhan liwat bermula bulan depan.

APCO juga dikatakan diberi misi untuk membantu mengatur perjumpaan antara Najib dan Presiden baru Amerika Syarikat Barack Obama.

Najib telah merestui perlantikan Apco setelah menghadapi krisis keyakinan terhadap kepimpinannya berikutan tuduhan yang mengaitkan beliau dengan skandal pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariiibuu dan rasuah komisyen pembelian senjata semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif APCO Margery Kraus mengumumkan pada 10 Ogos lalu bahawa syarikat yang dipimpin oleh orang Yahudi akan membuka pejabat baru di Malaysia bulan depan.

Beliau turut mengesahkan APCO akan memberi sokongan kepada Kedutaan Malaysia di AS bagi mengukuhkan komunikasi strategik di peringkat global.

"Paul Stadlen yang sebelum ini bertugas di London, bertindak sebagai pengarah urusan di Malaysia bagi membaiki pengurusan hubungan media dan reputasi antarabangsa," kata beliau dalam laman web firma itu.

Antara pegawai kanan APCO ialah bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang pernah berkhidmat dalam kerajaan Israel untuk tempoh panjang. Beliau adalah pakar polisi ekonomi dan hubungan antarabangsa.

Beliau adalah individu penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden AS, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem dan Institut Sains Weizmann.

Seorang lagi pegawai kanan APCO ialah Amar Rabinovich bekas Duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzhak Rabin masih menguasai kerajaan.

Beliau memegang jawatan penting di Universiti Tel Aviv, dan bekas Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzhak Rabin masih menguasai kerajaan.

Kepentingan Najib akan di pantau oleh pengurusan APCO yang turut merangkumi John W Magaw. Magaw pernah berkhidmat sebagai Pengarah Agensi Perisikan AS dan Pengarah Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan, selain menjadi ejen khas dalam Biro Sekuriti Presiden.

Individu penting yang lain dalam APCO ialah bekas senator AS, Donald W Riegle Jr; bekas Duta AS, J Stapleton Roy dan bekas senator serta Duta AS, Jim Sasser.

APCO yang bertindak memberi nasihat dalam aspek politik, perdagangan, kewangan dan kumpulan media, ditubuh pada 1984 dan berpangkalan di Washington.

Selain memiliki 28 cawangan di Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia, APCO turut memiliki pejabat di Tel Aviv, Israel.-tva

No comments: