SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Saturday, August 8, 2009

SABAR

Isu minuman keras di SELANGOR dan juga isu JEFF OII di PULAU PINANG bagi saya perlu di tangani dengan berhemah.Teringat kisah NABI MUHAMMAD S.A.W ketika mana nabi berjalan,tiba-tiba nabi di baling batu leh orang kafir.Nabi tetap sabar dan yakin satu hari orang kafir tersebut akan mendapat hidayah ISLAM.Sifat terpuji NABI MUHAMMAD yang sabar harus di jadikan contoh panduan untuk kita hari ini,ianya berkait rapat apa yang berlaku hari ini di SELANGOR dan PULAU PINANG.

Masalah kurang faham mengenai agama ISLAM perlu di uruskan dengan baik, jika ia di urus dengan amarah ia boleh merosakkan hubungan dan memporak perandakan sesuatu kumpulan mahupun negara.Pada pendapat saya tak perlulah kita menghina mereka yang tidak faham ISLAM,walaupun mereka kelihat seperti prejudis terhadap ISLAM namun ia perlu di beri penerangan dengan baik agar tidak menjadi punca pepecahan.Peranan ketua ketiga-tiga parti di dalam PR perlu di mainkan untuk menyelesaikan salah faham yang berlaku.Pihak di seberang sana sudah muka bertepuk dan kita di sebelah sini janganlah menjadi punca untuk mereka terus menepuk tangan.

PRK PERMATANG PASIR makin hampir fokuskan minda dan fikiran untuk menumbangkan BN dengan majoriti besar.Jika SPR menetapkan hari mengundi pada bulan puasa alangkah indahnya,PRK LUNAS menjadi nostalgia.

hidup harapan

No comments: