SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Saturday, August 29, 2009

PENDEDAHAN TERBARU


Ketua pegawai eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Datuk Seri Tiong King Sing mendakwa Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat pernah mengambil sendiri darinya sumbangan sebesar RM4 juta tahun lalu, lapor China Press semalam.

Menurut akhbar itu, maklumat mengenai sumbangan tersebut diperolehi dari satu salinan laporan polis Tiong ke atas Ong yang juga kepada Menteri Pengangkutan.

Malaysian Insider pula melaporkan, pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu juga mengulangi cabarannya supaya Ong mendedahkan berapa banyakkah yang dimiliki oleh beliau dan isterinya dalam akaun bank mereka.

Tiong mendakwa, wang RM10 juta yang sebelum ini didakwa beliau telah disumbangkan kepada Ong telah diberikan dalam tiga ansuran secara tunai, yang pertama sebanyak RM5 juta, kedua RM1 juta dan ketika RM4 juta.

Menurut laporan polis itu, Ong telah meminta sumbangan RM5 juta dari Tiong pada tahun 2008.

Tiong mendakwa, wang RM5 juta itu dimasukkan dalam dua beg dan ditemani dua kakitangannya, beliau telah memberikan wang itu kepada rakan Ong di Hotel Hilton Petaling Jaya.

Beberapa minggu kemudian, menurut laporan polis itu, Ong meminta RM1 juta lagi dari Tiong.

Wang yang diminta itu kemudiannya diberikan kepada wakil Ong di tempat letak kereta Hotel Armada di Petaling Jaya.

Menjelang akhir 2008, Ahli Parlimen Bintulu itu sekali lagi bersetuju untuk menyumbangkan RM4 juta lagi kepada Ong.

Ong sendiri didakwa datang mengambil wang tersebut di sebuat rumah tetamu kerajaan, menurut laporan polis itu.

Wang tersebut, kata bendahari Parti Demokratik Sarawak (SPDP) itu dalam laporan polisnya, diletakkan di tempat meletak barang kereta Ong, lapor China Press.

Ong membuat laporan polis, mengemukakan saman RM500 juta serta melemparkan tuduhan terhadap Tiong selepas Ketua Pegawai Eksekutif KDSB itu mendakwa memberikan RM10 juta kepadanya 12 Ogos lalu.

"Dia boleh cakap apa sahaja, tetapi saya rasa apa yang penting ialah keadilan dan kebenaran akan mengatasi segala-galanya dan bukan berasaskan cakap dengar oleh individu yang kredibilitinya dipersoalkan," Malaysian Insider memetik Ong berkata.

Tuduhan tersebutlah yang mendorong Tiong mengemukakan laporan polis terhadap Ong.

Tiong malah menyatakan beliau bersedia ke mahkamah dan menyatakan beliau mempunyai saksi untuk membuktikan beliau memberikan RM10 juta kepada Ong.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah pula berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali.

Faizal yang timbalan ketua Umno Bahagian Kapar seterusnya mendakwa, Ong "berhutang" kepada KDSB sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut.

Tidak ada penafian yang meyakinkan dari Ong terhadap dakwaan Faizal itu.

KDSB ialah syarikat yang disiasat dalam skandal PKFZ.

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh Price Waterhouse Coopers, syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.

Ahad lalu, bekas naib presiden MCA yang kini menyertai PKR, Datuk Chua Jui Meng mendakwa, jika didedahkan skandal itu, ramai pemimpin Umno yang terlibat.

Dakwaan itu tampil selepas dakwaan ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker baru-baru ini mendakwa bahawa ramai tokoh Umno dan MCA berada dalam "payroll" Tiong.-harakahdaily

No comments: