SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Sunday, August 23, 2009

PERMATANG PASIR-ISU TERBARU CALON BN


PERMATANG PAUH - Calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman kini berhadapan dengan satu lagi pendedahan salah laku firma guamannya melibatkan penduduk kawasan Permatang Pasir sendiri.

Perkara itu didedahkan Pas membabitkan isu jual beli tanah yang tidak diselesaikan beliau pada tahun 2000 dan melibatkan 16 anak guamannya yang masih belum mandapat tanah.

Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar mendakwa, Rohaizat tidak menguruskan perjanjian jual beli tanah sehingga selsai dan sehingga kini geran tanah tersebut masih atas nama tuan tanah yang asal sedangkan wang telah dikeluarkan.

Menurutnya, beliau tidak mengatakan bahawa Rohaizat telah melakukan penipuan sebaliknya beliau meminta Rohaizat memperjelaskan situasi sebenar dan bagaimanakah status tanah yang dibeli oleh 16 anak guamannya.

“Pendedahan terbaru ini melibatkan perjanjian jual beli tanah yang tidak diselesaikan oleh Rohaizat sebagai peguam, walaupun setelah wang pendahuluan diberikan kepadanya .

“Saya tid:ak berkata Rohaizat menipu cuma saya mahu beliau bertanggungjawab dan memperjelaskan situasi yang sebenar bagaimanakah tanah tersebut tidak diberikan kepada pembeli,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Mahfuz juga turut menunjukkan surat pembeli yang bersetuju untuk membeli tanah lot 3, lot 662, Seberang Prai Tengah, dengan harga RM17,376 dan beliau turut merahsiakan nama pembeli tersebut atas dasar keselamatan.

Beliau berkata, surat yang ditandatangani oleh Rohaizat, turut tertera perjanjian pembayaran wang pendahuluan sebanyak 10 peratus kepada pemilik tanah yang diberikan kepada firma guaman Rohaizat.

“Sebanyak RM1,757 telah dikeluarkan sebagai wang pendahuluan oleh setiap seorang dari 16 pembeli dan diberikan kepada firma guaman Rohaizat untuk menguruskan perjanjian tersebut,” katanya.

Menurutnya, sehingga sekarang pembeli tanah masih lagi belum mendapatkan tanah mereka dan setelah dirujuk kepada pejabat tanah geran tanah tersebut masih diatas nama tuan tanah yang asal.

No comments: