SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Wednesday, August 5, 2009

DUA ORANG ANGGOTA UNIT AMAL CEDERA PARAH



YB Dato Hj Husam Musa meluangkan masa menziarahi anggota unit Amal Pulau Pinang yang sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor yang cedera parah akibat kemalangan semasa dalam perjalanan untuk bertugas di Perhimpunan MANSUH ISA sabtu lalu. Beliau dalam kesempatan tersebut menyampaikan sumbangan peribadi kepada anggota yang dirawat tersebut bagi mempercepatkan menjalani rawatan lanjut dijalankan.

YB Dato Hj Husam kelihatan terharu dengan semangat yang ditunjukkan oleh anggota unit amal yang bersungguh-sungguh dalam menjalankan amanah dan tugas walaupun mengetahui risiko yang bakal dihadapi di samping tidak mengharapkan ganjaran material.

Dua anggota unit Amal Pulau Pinang yang cedera parah dan dirawat di bawah unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh iaitu Saudara Wahab dan Saudara Abdul Razak manakala 20 yang lain cedera ringan.

Saudara Abdul Razak yang cedera parah di bahagian tulang belakang dan dikhuatiri lumpuh akibat cedera tersebut telah selamat menjalani pembedahan pada hari Ahad 2 Ogos tempoh hari.

No comments: