SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Friday, August 21, 2009

PERMATANG PASIR-BN DAH SESAK NAFAS


Melompat habis pemimpin UMNO hari ini,semuaya gara-gara kenyataan media rakan kongsi ROHAIZAT saudara YUSRI ISHAK di yayasan aman kelmarin.Seorang peguam UMNO iaitu HAFARIZAM mengatakan bahawa isu peribadi ROHAIZAT tidak menjejaskan kempen BN dan juga isu peribadi tak terlibat dengan pilihanraya,katanya lagi kedua-dua calon perlu fokus visi masing-masing di dalam berkempen bukan menyerang peribadi kerana peribadi tidak termasuk dalam pilihanraya dan juga pertandingan di antara ROHAIZAT dan SALLEH MAN,bukan ROHAIZAT dengan YUSRI ISHAK.Menurut peguam UMNO itu lagi masalah YUSRI dan ROHAIZAT itu masalah peribadi.Zahid hamidi juga berkata masalah ROHAIZAT dengan yusri hanya bersifat peribadi dan masalah perniagaan mereka,jadi tak perlu serang peribadi.

Masa di sekolah dahulu cikgu akan memilih ketua darjah mahupun ketua tingkatan di kalangan pelajar yang tidak ada masalah disiplin,aktif dan prestasi cemerlang di dalam pelajaran,itu antara krateria untuk menjadi ketua darjah zaman kita sekolah sampai sekarang.Cikgu tak akan pilih ketua darjah yang kaki ponteng,pemalas dan satu lagi kaki ponteng kelas.Woi pemimpin UMNO....ini nak pilih wakil rakyat,bukan nak pilih wakil ke G7 PERHIMPUNAN KEPARAT UMNO.Mesti la rakyat hendak wakil yang baik dan tiada masalah peribadi yang teruk.Nak pilih menantu pun mesti kalau boleh dapat yang baik dan bukan kaki botol,ini isu pemilihan pemimpin semestinya peribadi menjadi keutamaan.Memang jelas BN sudah selsema dan tunggu nak di masukkan ke wad sahaja...

No comments: