SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Tuesday, August 11, 2009

MANA SATU YANG BETUL?ATAU KEDUA-DUA PENIPU

Kira-kira 300 orang ahli 11 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan depan Menara Dato Onn, PWTC selama sejam mulai jam 10.45 pagi untuk menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Perhimpunan itu diadakan menjelang mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang berlangsung di ibupejabat UMNO yang terletak di menara itu. Sepanjang perhimpunan beberapa orang pemimpin NGO berucap mempertahankan kenyataan Muhyiddin itu. Mereka bersurai tidak lama lepas Timbalan Perdana Menteri tiba untuk menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi BN. Berbagai sepanduk yang mengecam Anwar dan menyokong Muhyiddin dikibar sepanjang perhimpunan itu. - 10/8/2009 AGENDADAILY


KL: Lebih 1,000 berhimpun di perkarangan Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini bagi menyatakan sokongan kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataannya terhadap Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa.
Mereka berhimpun selama kira-kira 30 minit dari jam 11 pagi terdiri daripada pemimpin dan ahli UMNO daripada pelbagai peringkat yang mewakili bahagian-bahagian parti di seluruh negara serta anggota badan bukan kerajaan (NGO).

Antara NGO terlibat termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Gabungan Kelab Belia Malaysia (MAYC).

Sebaik sahaja Muhyiddin tiba di perkarangan Menara Dato Onn, laungan ‘Hidup Tan Sri Muhyiddin’ bergema sebagai tanda sokongan kepada beliau.

Selain itu orang ramai yang berhimpun di situ juga melaungkan kata-kata berbentuk kecaman terhadap Anwar.

Muhyiddin yang meluangkan masa seketika sebelum menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) di situ turut bersalaman dengan orang ramai yang hadir. / Utusan

No comments: