SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Friday, June 12, 2009

ANWAR MUNGKIN KEMBALI KE TEMPAT ASAL

Setelah aku dan beberapa sahabat meneliti tindak tanduk kerajaan BN aku pasti tiada jalan keluar untuk Anwar Ibrahim terlepas daripada hukuman penjara untuk kali ketiga.

Kerajaan telah mengatur berpuluh2 program yang menjadi indikator PRU 13.

Antara tindakan terkini ialah kerajaan Pusat telah mengadakan temuduga terbuka kepada rakyat yang menganggur di semua pejabat buruh di seluruh negara.

Mengumumkan bahawa ekonomi kita telah pulih. Tidak mengumumkan kenaikan harga petrol sehingga september(selesai PRU 13).

Menjatuhkan hukuman mati terhadap pembunuh Altantuya (kononya) Sirul dan Azilah .Najib akan terlepas.

Akan ada lagi beberapa pengumuman yang akan mengembirakan rakyat terbanyak dengan harapan mereka berjaya menggunakan strategi terdahulu iaitu menghumban Anwar kedalam penjara pada 1999 dan seterusnya mengadakan PRU 10.

Memperbaiki hubungan dengan kaum Cina dan menggadai beberapa kepentingan Melayu demi memulih sokongan kaum Cina kepada BN. Slogan satu Malaysia semata - mata memujuk bukan Melayu menyokong semula BN.

Jalanya ialah, Anwar akan didapati bersalah pada bulan Julai ini dan dijatuhi hukuman penjara beberapa tahun diatas tuduhan fitnah meliwat Saiful Bukhari. Anwar secara automatik akan kehilangan kelayakan sebagai ahli parlimen Ptg Pauh dan ketua pembangkang.Kerusi ini akan dibiar kosong sehingga PRU 13. Anwar tidak layak menjadi PM sehingga akhir hayat.

Pihak interligent BN telah menghasut pimpinan Pas supaya menyokong UMNO BN dengan hujah Anwar benar2 terlibat terhadap pertuduhan liwat dan akan dijatuhi hukuman penjara, Kebetulan pimpinan Pas ini percaya dan mengambil langkah bersekongkol dengan BN supaya Kedah,Selangor ,Perak dan Kelantan akan berada dibawah pemerintahan kerajaan perpaduan bermenteri besar PAS selepas PRU 13.

Kerajaan perpaduan akan lebih hebat gendangnya selepas Anwar didapati bersalah pada perbicaraan Julai nanti.

Sebenarnya beberapa Pemimpin PAS hanya mementingkan interest berbanding perjuangan.Mereka bersetuju Pakatan Rakyat pada peringkat awal sahaja ,Tetapi apabila mereka tidak memperolehi semua interest yang mereka mahukan , maka lainlah jadinya. Mereka hanya hendak menggunakan gelombang Anwar sahaja pada PRU 12 yang lepas bukan Anwar melebihi mereka selepas PRU 12.

Dahulu Anwar dibela oleh Pas ketika dianiaya tetapi kini Anwar bersendirian apabila dianiaya kali kedua , ibarat kata pepatah "habis madu sepah dibuang"

COKOLAT ANGIN

1 comment:

future phenomenon said...

salam tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian