SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Thursday, June 25, 2009

ADUN PKR KEDEKUT??

Pada PRU 12 yang lalu kita di hadiahkan dengan satu kemenangan yang tidak disangka oleh semua pihak, apabila memang pakat-pakat dabik dada"I AM THE BEST IN KEDAH". Bermula dari hari kemenangan PR KHUSUSNYA DI KEDAH telah menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Ketika kempen orang yang bersusah payah semestinya jentera di bawah, yang dok kena maki, yang dok kena buat keja, yang dok pasang bendera, yang dok lekat poster calon dan lain-lain lagi. Semua kerja tersebut diamanahkan kepada orang bawah dan juga anak muda yang bersemangat. Anak muda bersemangat apabila mereka terlalu benci akan UMNO DAN BARISAN NASIONAL. Maka anak muda sanggup buat apa sahaja asalkan calon mereka menang. Orang seperti anak muda hanya inginkan kemenangan yang boleh dijadikan sebagai penglaman hidup, anak muda yang menyokong PR semestinya ingin melihat BN dan UMNO berkubur hasil daripada kerja kuat mereka. Mereka ini inginkan jiwa dan roh semangat mereka dimasukkan di dalam lipatan sejarah antara individu yang menjahanamkan UMNO dan BARISAN NASIONAL.

Apabila seseorang itu menang di dalam pilihanraya, beliau mesti mengucapkan terima kasih kepada jentera di bawah, bukan kepada jentera yang makan angin tetapi jentera yang bekerja bersungguh-sungguh untuk memenangkan calon mereka. Tetapi ada sesetngah calon yang menang terus jadi bangga diri dan lupa orang di bawah yang bekerja untuk mereka. Ini yang dinamakan kedekut untuk berterima kasih, sebagai contoh seorang calon telah memenagi PRK di kedah langsung tidak mengucapkan terima kasih kepada orang di sekeliling beliau mahupun pimpinan parti. Baru menang dah tunjuk belang, ceramah pun kadang-kadang melalut ke lain, ceramah jadi macam tempat berleter. Nak mintak sumbangan kepada parti? emmmm susah nak cakap. Sebelum jadi calon wah cakap macam obama, lepas menang semua jadi bahana. Kita perlu ingat bahawa setiap apa yang kita kecapi hari ini bukan bermakna kita boleh dapat kecapi selamanya.

Dalam pada itu saya rasakan bahawa MP PKR atau ADUN PKR di kedah ini adakalanya kedekut. Kedekut maksudnya tidak membantu PARTI SENDIRI atau pun sumbangan untuk sesuatu program. Bukan semua MP PKR KEDAH dan ADUN PKR KEDEKUT tetapi ada segelintir yang kedekut tahap melampau sehinggakan naik meluat. Ada yang dah jadi EXCO pendapatan 17 RIBU SEBULAN, tetapi untuk PARTI YEELLLLEEEEEKKKKKK. Nak bantu organisasi parti jauh lagi la. Ada exco yang masih muda tetapi sumbangan kepada pemuda tak da jugak, sebelum jadi YB ada tetapi bila JADI YB habuk pun tak dak. Nak tolong kawan-kawan? Tolong kawan yang tolong lobi ada la. Janganlah kita terlalu berkira di dalam membantu parti dan kawan-kawan dalam perjungan yang belum selesai ini. Janganlah dirasakan kerusi empok yang anda duduk itu tak akan hilang dalam sekelip mata. Beringatlah kepada orang bawah yang memerlukan bantuan anda, jangalah membawa budaya kedekut di dalam PKR KEDAH.

Ingatan kepada MP PKR KEDAH mahupun ADUN PKR KEDAH usahlah terlalu berkira untuk memberi sumbangan UNTUK membantu parti. Jangan menganggap yang meminta itu pengemis.


25.06.2009

M@RHAEN Twitter Updates

KAKI CUCI

No comments: