SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Friday, June 5, 2009

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT

Sewaktu aku membeli nasi lemak di gerai kakak ni, van penguatkuasa melintasi gerai tersebut dan penguatkuasa di dalamnya memerhatikan gerai tersebut tetapi terus berlalu. Kakak tersebut menarik nafas lega, "setiap kali penguatkuasa lalu akak rasa macam nak mati..takut dik! Kalau dirampas apa kakak nak buat? Ni jelah mata pencarian akak. Laki akak ni dah tak kerja. Kencing manis teruk!"

Suami kakak tu hanya tersenyum tak berkata apa-apa.
"Jangan risau kak! diorang tak kacau punya asalkan akak jaga kebersihan, meniaga di sini tak ganggu sesiapa pun, selamat tak ganggu jalan!" kata kawannya yang melepak di situ. Bini kawannya ini pun menyampuk, "Ya! Sekarang PKR memerintah sini, apa ada hal? Mereka akan tolong rakyat!"

kakak nasi lemak pun tersenyum, "Ya! PKR menjaga rakyat! Tengok kat Ampang, apa ada hal? Mereka boleh berniaga sebab kita rakyat Malaysia!"
Aku terharu kata-kata itu datang dari rakyat marhaen sebegini. Betapa besarnya harapan mereka terhadap Pakatan Rakyat yang selalu mengatakan mereka akan menjaga kebajikan rakyat.

Aku tanya adakah kakak sokong PKR?
kakak tu menjawab, "Kami akan sokong orang yang nak tolong rakyat seperti kami!"

Wahai pemimpin Pakatan Rakyat! Dengarlah suara salah seorang rakyat di sini yang menaruh harapan yang tinggi kepada kamu. Teruskanlah berjuang untuk mereka dan janganlah hendaknya terpedaya dengan pangkat dan kedudukan.

jangan khianat amanah rakyat

"Suara Rakyat Suara Keramat!

2 comments:

ANGAH said...

SUARA RAKYAT , SUARA KERAMAT....
Dengarlah wahai pimpinan Pakatan Rakyat..Jika hari ini kamu berikrar membantu rakyat dan kamu laksanakan,aku pasti bersamamu,
tapi,jika esok kamu lupa daratan,gila pangkat serta jawatan,
aku juga yang menentang..
dan ingat...aku ini bukan bersendiri,aku ini merupakan aku-aku,seluruh rakyat...

PAKATAN RAKYAT-untuk rakyat....dari rakyat

ramli said...

Ya ...kepada yb2 PR terutamanya dari PKR dengaq tu rintihan Rakyat Marhain ... SOOO ...jgn lupa diri kena mai jenguk2 selalu Rakyat Marhain ... jgn sampai jadi mcm Alahai ...Fairuz ... Kita tidak takut untuk menurunkan kamu dari kerusi empuk itu andainya kamu gagal laksanakan tanggung jawab dan amanah ...