SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Tuesday, June 23, 2009

SYABAS PKR PERLIS

PKR Perlis berjaya menubuhkan 21 cawangan baru menjadikan jumlah kesemuanya 26 setakat ini, kata pengerusi perhubungannya Johari Shafie.

Beliau berkata, bahagian-bahagian Kangar dan Padang Besar masing-masing 10 cawangan baru, sementara satu cawangan dibuka di Arau.

“Kami juga ingin mengumumkan kemasukan 52 ahli baru termasuk bekas pengarah jabatan Pelajaran Perlis, Zakaria Jap dan Dr Suraya Sudin, bekas AJK Wanita Umno bahagian Kangar.

Kedua-dua mereka turut menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PKR kepada ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dalam satu majlis di Kangar, Sabtu lalu, kata Johari ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, PKR juga akan cuba menggerakkan semula enam cawangan parti yang ketika ini tidak aktif.

Menurut Johari, PKR Perlus telah melakukan rombakan terhadap kepimpinan parti peringkat negeri tetapi tidak boleh mengumumkannya kerana belum mendapat kelulusan pucuk pimpinan PKR. -Malaysiakini.com

No comments: