Rakyat sudah semakin matang dan semakin bersedia untuk berdepan dengan umno dan kelicikan mereka.Tetapi satu "setback" terbesar dan terpenting kepada rakyat sekiranya DSAI dihantar kembali ke penjara atas kesalahan yang cukup jelas direka reka oleh umno.Untuk itu,rakyat juga harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang terburuk ini
SEMARAK REFORMASI
LAGU SELOKA KEDAH
Saturday, June 6, 2009
NO TO UMNO
Datuk Husam Musa menegaskan pendiriannya bahawa parti itu tidak boleh menjalin kerjasama dengan Umno sepertimana kerjasama yang dipraktikkan oleh PAS bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP, demikian lapor Bernama.
Ini kerana, katanya melalui kerjasama sedemikian, PAS tidak akan menjadi parti yang dominan dalam pakatan itu, malah ia juga tidak akan mendapat kerusi yang lebih daripada Umno.
"Saya sayang PAS, kalau PAS menjadi tambahan kepada Umno, PAS akan menjadi kuda tunggangan, PAS tidak akan mendapat lebih banyak kerusi, Umno akan terus menjadi parti dominan... jadi habislah PAS," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Muktamar PAS ke-55 di sini hari ini.
Husam yang bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan kali ini, berkata beliau juga menolak sebarang idea penggabungan dengan Umno kerana pemimpin PAS sudah tentu tidak akan menjadi perdana menteri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment