Kini bandar kulim di hiasi oleh sebuah pasaraya besar GIANT.Pasaraya tersebut di buka pada 26 hb jun 2009 hari jumaat yang lalu.Dengan adanya pasaraya GIANT ini semestinya mendatangkan masalah kepada para peniaga di sekitar KULIM.Paling terkesan adalah kedai-kedai runcit yang berhampiran dengan pasaraya tersebut.Kebanyakkan para peniaga kedai runcit telah beroperasi sekian lama di sekitar kulim terutama TAMAN SELASIH dan TAMAN KEMUNING yang pastinya terjejas sama sekali.
Dengan harga barang yang jauh lebih murah daripada KEDAI-KEDAI runcit yang berhampiran akan menarik lebih ramai pembeli ke pasaraya GAINT berbanding kedai runcit yang sedia ada.Rungutan telah kedengaran daripada pekedai-pekedai yang merasai kekurangan pengunjung atau pembeli berbeza dengan sebelum pembukaan GIANT.
Inilah keburukkan kapitalis yang menindas pekedai kecil.Sistem kepitalis yang di amalkan selama ini merosakkan pasaran dan menjadi pemusatan.Ini menyebabkan akan ada satu pihak sahaja yang kaya dan pihak-pihak lain akan terus merana.Keupayaan pasaraya GIANT yang mempunyai modal yang besar menyebabkan pasaraya tersebut boleh mengusai pasaran dalam pada masa yang sama menindas peniaga atau pekedai yang mempunyai modal yang sedikit.Sebagai contoh GIANT akan membeli sesuatu barang dengan kuantiti yang banyak dianggarkan bernilai RM100.000,berbeza dengan pekedai kecil yang hanya mempunyai modal yang kecil.Maka pasaraya GIANT akan menjual dengan harga yang murah kerana pusingan pembayaran oleh pemodal yang besar biasanya mengambil masa 6 bulan sekali.Cukup berbeza dengan kedai runcit yang membuat bayaran setelah barang tiba dari pembekal.
Beginilah nasibnya peniaga kedai runcit atau minimarket sekitar kulim terutamanya di kawasan TAMAN SELASIH KULIM.Kesesakkan juga berlaku apabila pasaraya GIANT tersebut menapak di KULIM.Setiapa malam akan berlaku kesesakan yang teruk dan mengganggu kelancaran pergerakkan kenderaan.
1 comment:
Tidak dinafikan, peniaga kecil akan terjejas. Namun bagi saya, kita korbankan 50 orang peniaga misalnya, untuk kebaikan puluhan ribu rakyat. Bila harga barangan rendah ribuan kuasa beli ribuan rakyat ini agak terbela. Para peniaga ini harus belajar bagaimana untuk meningkatkan perniagaan kita. Mereka sepatutnya sudah ada perancangan dalam menghadapi perkembangan dunia perniagaan hari ini. Sebab, bila pun perkara seperti ini akan berlaku di mana-mana pelusuk tanahair kita. Agak mustahil untuk kita bertahan dengan sistem perniagaan yang saya kira tradisional. Terpulanglah kepada kerajaan kita, negeri mahupun pusat, untuk membantu mereka. Sepatutnya sudah bermula dahulu lagi. Bukan bila dah terantuk baru nak tengadah. Ini pandangan peribadi sahaja. Wallahu-a'lam. mola.
Post a Comment