SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Saturday, June 13, 2009

PKR BAGI HAK MUTLAK KEPADA AHLI UNTUK MEMILIH PUCUK PIMPINAN

Parti keadilan Rakyat PKR akan membentangkan beberapa usul hujung minggu ini dalam usaha untuk bergerak secara lebih dinamis, berpandangan jauh dan bebas dari politik wang.

Antara usul berkenaan ialah memberi hak mutlak kepada setiap ahli PKR untuk memilih pucuk pimpinan parti.

Tempoh seseorang boleh menjadi presiden parti pula dihadkan kepada tiga penggal sahaja bagi memastikan PKR melalui proses peralihan kepimpinan dari masa ke semasa.

Usul-usul berkenaan dijangka diluluskan pada Kongres Nasional Khas PKR Sabtu ini.

Ia menandakan pembaharuan politik paling meluas yang pernah dilakukan oleh mana-mana parti di Malaysia.

Pengerusi jawatankuasa pindaan perlembagaan PKR , R Sivarasa berkata rombakan sistem pemilihan pemimpin akan memberikan akar umbi PKR suara yang lantang dalam mencorakkan kepimpinan parti.

“Bagi kita pindaan yang bakal di lakukan adalah untuk mencerminkan prinsip demokrasi. Kita beri warganegara Malaysia hak untuk memilih ahli parlimen atau ahli Dewan

Undangan Negeri, kenapa kita tidak boleh beri hak seperti ini juga kepada ahli parti dan bukan setakat perwakilan sahaja.” Ujar beliau.

Sistem pemilihan baru itu akan memastikan PKR tidak terjebak dalam kancah rasuah politik yang membelenggui parti-parti Barisan Nasional, khususnya UMNO.

“Tujuan utama pindaan sistem pemilihan PKR ialah bagi mengekang gejala rasuah politik dan kewujudan cawangan hantu yang berleluasa dalam parti politik tradisional dinegara ini seperti UMNO dan parti- parti komponen Barisan Nasional.” Kata Sivarasa.

Sivarasa menyatakan terdapat dua lagi pindaan penting berhubung sistem undi sulit bagi tujuan memantapkan amalan demokrasi dalam parti dan memperkenalkan had tempoh bagi jawatan presiden.

“Kita cadangkan supaya tempoh presiden memegang jawatan tersebut dihadkan kepada tiga penggal atau 9 tahun. Ini adalah bukti komitmen kita untuk membuat peralihan kpimpinan dari masa ke semasa. Kita tidak mahu seseorang duduk pada jawatan itu untuk tempoh 20 atau 30 tahun seperti yang kita lihat dalam beberapa parti dinegara ini.”

Beliau menyatakan usul had tempoh memegang jawatan tersebut dihadkan sehingga 3 penggal iaitu 9 tahun sahaja.

Kongres Nasional Khas PKR akan membabitkan 19 pindaan untuk dibahaskan oleh 2,063 perwakilan daripada 181 bahagian di seluruh negara.

Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail akan merasmikan kongres berkenan di Kolej Universiti Islam di Bangi Selangor.

Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan amanat khas untuk menggariskan hala tuju parti dalam persekitaran politik yang semakin mencabar.

No comments: