SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Tuesday, June 30, 2009

PECAH RAHSIA

TUAN AZIZ PILIHAN TERBAIK PEMGUNDI –PM – berita hairan

Pemilihan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan adalah pilihan terbaik untuk para pengundi di kawasan itu, kata Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, ini berdasarkan kemampuannya dalam melaksanakan tugas sebagai pegawai Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan daya kepimpinan beliau selama ini yang mengatasi calon Pas berdasarkan rekod perkhidmatan dan kemampuannya.

"Calon kita ini terbukti kemampuannya sebagai pegawai Kesedar dan dia ni banyak berurusan dengan orang ramai dan orang tempatan.

KAH KAH KAH…

Kah kah kah… BETUL KE NI ?...kah kah kah…

Kah kah kah….. SILA BACA BAWAH INI….kah kah kah…


CALON BN NAFI DAKWAAN SALAHGUNA KUASA DAN RASUAH -malaysiakini

Calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat hari ini menafikan dakwaan yang disebarkan melalui internet bahawa "beliau pernah menyalahguna kuasanya dan terbabit dalam rasuah".

Dakwaan itu tersebar tidak sampai 24 jam selepas beliau diumumkan semalam sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Dakwaan di internet itu menyebut Tuan Aziz hidup melebihi kemampuannya ketika menjadi CEO Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (KPSB) - jawatan yang disandangnya sebleum dilantik menjadi pengurus di Kesedar.

Lamanweb itu mendakwa ekoran Tuan Aziz gagal menjelaskan mengenai gayahidup mewah itu, maka beliau diturunkan pangkat menjadi pengurusan bahagian bersama potongan gaji dan elaun.

Beliau juga didakwa melakukan lawatan yang 'meragukan' ke luar negara serta membawa bersama pegawai-pegawai yang tidak berkaitan ke negara Asean seperti Vietnam dan Thailad untuk tujuan pemasaran.

Juga terdapat dakwaan bahawa beliau menyalahguna kuasanya dalam pemberian kontrak-kontrak KPSB dan melobi untuk pembekal baja sewaktu bertanding untuk jawatan ketua Pemuda Umno Kuala Krai.

KAH KAH KAH…

Kah kah kah… BELUM SEMPAT TANGGAL SELUAR… SUDAH KANTOI…kah kah kah…

Kah kah kah…PAHLAWAN SIBER TELAH BERJAYA… kah kah kah…

Kah kah kah….MEMBUKA PEKONG DAN BALA….kah kah kah…

Kah kah kah... MENGELUAR DATA... BUKTI DAN CERITA...kah kah kah

Woit… NAK BUAT CAM MANA….INTERNET DAH ADA...KESIAN…KESIAN…kah kah kah

No comments: