SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Thursday, June 18, 2009

JIKA INI SEMUA BERLAKU..BAYANGKAN

Ini adalah satu artikel yang sangat baik untuk kita tatapi bersama yang saya ceduk dari Perakexpress. Terima kasih daun keladi saya ucapkan pada Mat Saman Kati, orang kuat Nizar di Perak.


Barisan Perpaduan 2
Jun 15th, 2009 | By webmaster | Category: Mat Saman Kati, Team PerakExpress, utama

“Mereka ini umpama telur-telur tinggalan penjajah Inggeris dahulu yang menetas satu persatu,”

Itu perumpamaan yang diluahkan oleh Nik Aziz terhadap Umno. Begitu lah jeleknya Nik Aziz terhadap Umno kerana dia dapat merasakan macam mana peritnya hidup dibawah pemerintahan Umno.

Begitu juga di Perak..macam mana sakitnya hati, bila Perak dirampas oleh Umno secara tidak bertamadun. Masih lagi bersimpati dengan Umno? Kalau ada sekupang dua rasa simpati pada Umno…buang la.

MIO berjaya memerangkap Jamal dan Osman dengan kes rasuah. Dan apabila mereka melompat menyokong Umno..Umno berharap Pakatan Rakyat akan berpecah. Umno berharap Pas dan PKR akan berbalah. Tetapi Umno gagal. Orang-orang PKR semuanya mengutuk Jamal dan Osman dan berdiri teguh dibelakang Nizar dan Pas. Nizar menjadi hero rakyat Perak dan sokongan kepada Pas bukan sahaja meningkat malah Pas dilihat sebagai penyelamat Pakatan Rakyat Perak. Malah Anwar sendiri berkata di Bukit Gantang..dia bersedia menyerahkan Malaysia kepada Nizar. Begitu tinggi harapan diamanahkan kepada Pas.

Mengapa Anwar berkata begitu? Sebab ada diantara pemimpin Pas yang tidak percaya kepada Anwar. Dan bagi Anwar, tidak mengapa kalau dia tidak menjadi Perdana Menteri, malah kalau diberikan kepada Pas juga tidak mengapa…tapi ada orang yang cemburu.

Muktamar Pas di Ipoh pada Ogos 2008 telah membuat keputusan untuk kekal kukuh didalam Pakatan Rakyat. Malah Presiden Pas sendiri membuat kenyataan tersebut. Tetapi malang..Perak dijatuhkan oleh barua-barua Umno pada 4 Februari 2009.

Imej Umno jatuh begitu teruk. Seluruh dunia mengutuk tindakan Umno yang tidak bertamadun itu, tetapi tiga minggu kemudian…Hj. Hadi menghulurkan talian hayat kepada Umno dengan mengeluarkan kembali idea Kerajaan Perpaduan.

Ketika rakyat mengutuk Umno, Hj. Hadi mahu berpeluk. Ketika Pakatan Rakyat bersatu, Hj. Hadi cuba memecahbelahkannya. Lantaran itu, satu pertemuan lapan mata diadakan di JKR 10,Kota Bharu pada 26/3/09. Dan dalam pertemuan tersebut, Nik Aziz telah menentang sekeras-kerasnya idea untuk menyelamatkan Umno. Isu tersebut terhenti buat sementara.

Tetapi menjelang Muktamar Pas 2009, idea tersebut ditimbulkan kembali. Masalahnya bukan hanya terletak kepada Hj. Hadi, tetapi punca utama adalah mereka yang disekeliling Hj. Hadi. Ini lah yang dikatakan oleh Nik Aziz sebagai BONEKA UMNO. Secara teorinya..perpaduan. Realitinya…perpecahan. Dan apakah perpecahan didalam Pas hari ini disebabkan oleh ejen-ejen PKR …atau tingkahlaku Presiden dan Timbalan Presiden Pas?

Semuanya sudah dirancang. Puak-puak yang menyokong Kerajaan Perpaduan perlu diberikan tempat didalam kepimpinan Pas. By hook or by crook.

Dan jikalau Hj. Hadi ikhlas untuk memperkukuhkan Pas, sepatutnya dia mengambil sikap menyatupadukan kepimpinan selepas Muktamar. Tetapi apabila dia melantik Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung dan mengenepikan Nizar yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Pas…sebaliknya melantik Abu Bakar Husin yang langsung tidak dikenali oleh orang-orang diluar Pas sebagai Pesuruhjaya Pas Perak, Hj. Hadi hanya mahu mengukuhkan kepimpinan yang bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan.

Bulan Julai ini, Anwar akan menghadapi perbicaraan kes liwat Saiful. Kalau Speaker boleh diheret, kalau kerajaan Perak boleh dirampas..kalau hakim mahkamah rayuan boleh membuat keputusan dalam masa lima minit, tetapi masih gagal membuat penghakiman bertulis walaupun sudah dua minggu..apa lagi yang boleh diharapkan?

Isu Kerajaan Perpaduan dalam muktamar ini hanyalah mukaddimah kepada perancangan yang lebih besar. Bulan Julai ini, Anwar akan didapati bersalah dan Presiden Pas akan mempunyai alasan yang yang cukup bagus untuk menyertai Umno ataupun Barisan Nasional.

Anwar tidak bermoral dan DAP menentang Islam. Maka tidak salah untuk Pas menyertai Umno..kerana Umno itu lebih baik dari Pakatan Rakyat. ADUN PKR yang tidak berpuashati di Selangor akan menyertai Pas dan akhirnya menyertai Umno membentuk kerajaan negeri.

Pas tidak rugi apa-apa, walaupun kehilangan Perak..tetapi Pas akan mendapat Menteri Besar baru diSelangor. Hj. Hadi akan menjadi Timbalan Perdana Menteri 2 yang bertanggungjawab tentang hal-hal agama.

Selain daripada itu, Pas juga akan mendapat empat lagi jawatan Menteri. Semua portfolio ini sudah dipersetujui oleh dan perjanjian ini telah pun ditandatangani dengan diselaraskan oleh seorang kerabat diraja Negeri Sembilan.

Sebahagian daripada ahli-ahli MCA dan Gerakan akan bertindak keluar dari Barisan Nasional dan menyertai Pakatan Rakyat. Umno dan Pas membentuk Barisan Perpaduan dan mengembalikan Ketuanan Melayu.

Hanya orang seperti Nik Aziz yang tidak sanggup melacurkan maruah demi mengejar kuasa. Bagi Nik Aziz, sifat-sifat terpuji didalam Islam itu lebih bermakna dari mengembalikan Ketuanan Melayu…tetapi dihina.

Manusia merancang…Tuhan menentukan.

19 comments:

Anonymous said...

ini semua pandangan peribadi... atau adakah saudara blh baca ati org... kalau mcm tu sy berminat utk amik saudara sebagai ahli nujum. kerana kebolehan saudara itu sy boleh gunakan untuk membantu perniagaan sy. malah sy sanggup bayar lebih dari perpindahan Ronaldo ke Real madrid sebab saudara lebih bernilai dari ronaldo. x ramai( malah mungkin xda langsung) yg ada kebolehan baca hati org. wah kagum sy...

Anonymous said...

ingat saudara... andaian boleh jadi fitnah. dalam hidup walau apa pun yg terjadi jgn berandaian buruk. apa yg kita mampu lakukan hanya berusaha melindungi diri kita. apakah DAP itu benar2 ikhlas bekerjasama dgn saudara?mungkin ya mungkin tidak. tetapi menyorot semula sejarah DAP ia adalah parti serpihan PAP. jika dilihat nasib bangsa melayu disana sgt teruk. malah mereka terpaksa berhijrah ke msia kerana kesempitan kat sana. renungkanlah. semua rumah mahal2 hanya cina ja mampu milik. melayu di buang jauh ke pelusuk. ingatlah saudara,,, jgn kerana kuasa, kita akan dicaci generasi masa depan.

Anonymous said...

sy dah duduk hampir setahun bwh PR, malah kluarga sy ngundi PR. tp apa janji yg ditunaikan? seingat sy dalam satu ceramah ada mengatakan kerajaan BN wat umah utk org kaya ja. kalau PR memerintah mereka akan hapuskan semua ni. tapi tgk apa dah jadi. bukan makin sikit malah makin byk rumah utk org kaya. janji nak buat parking free kat semua tempat. tp alih2 lg byk tmpt kna byr even tepi tong sampah pun.. alasan dibagi dia x pegang kerajaan pusat. peruntukan x sampai. itu la alasan dia. kalau peruntukan x sampai napa ada duit lak bli kereta baru??? ke kutip derma dari rumah ke rumah?? bgtau janji apa yg telah ditunaikan?? skurangnya time BN janji nak turap jalan kg sampai depan pintu dia turap. janji nak adakan kemudahan seperti balai polis baru, sekolah baru semua dia buat.

Anonymous said...

walaupun ada mangkok mangkok mengketagori penulis blogg ini sebagai ahli nujum, tetapi setelah melihat, membaca dan menganalisa apa yang berlaku beberapa bulan ini, ada kebenarannhya..... Marang dah mula kemaruk kuasa... UMNO berjaya memecah PAS dan Nasha adalah C4 yang dipacak UMNO dalam PAS.... fitnah kepala otak!!

Anonymous said...

sebab BN janji benda yg logik dia boleh wat. PR lak janji nak sedapkan hati je. bila pas PRU mula la gelabah. ingat lagi. LIM GUAN ENG janji setahun je nak banteras kemiskinan kat pulau pinang. alih2 pas setahun bg alasan mcm2. melayu pulau pinang lak makin terperosok kat teluk bahang. ces!!!

Anonymous said...

UMNO dah pegang Malaysia 50 tahun sedangkan PR masih Telog... jadi apa kata biar PR pegang dulu, jika tak boleh pakai kita tukaq balik dengan BN... tak salahkan??? Tak kan kita nak macam interview kerja, budak lulus kelas 1 atau A tetapi tarak ada pengelaman kita terus tolak... kita bagilah dulu dia dapat pengelaman, gerenti dia akan pergi jauah...

Anonymous said...

yeah.. yeah..yeah... itulah beza menulis dgn akal dan menulis tanpa menggunakan akal. apabila nafsu menguasai diri maka terkeluarlah mcm2 ayat yang tak sepatutnya... bukan kah anda ahli PAS memperjuangkan islam??? adakah islam mengajar umatnya meberi gelaran tidak baik kepada org lain??? seperti mangkuk dan sebagainya...??? atau dgn menjadi ahli PAS atau PR maka dihalalkan yg haram?? insaflah saudara. berkawan dgn kafir harbi atau islam pilihan anda?? jika islam, sekurangnya mereka masih boleh dibentuk... tetapi kafir harbi, niat mereka cuma satu MUSNAHKAN ISLAM.

Anonymous said...

PAS memerintah kelantan begitu lama,, masih x cukupkah pengalaman??? DAP mempunyai hubungan dgn PAP??? xkan PAP x pernah ajar DAP??? tipulah kalau ckp xda pengalaman. tunku abd rahman amik pemerintahan pun bukan ada pengalaman. tp tunku memerintah dgn berkesan. byk asas2 kukuh dibina. harus diingat politik bukan bola sepak... tapi politik ialah tanggungjawab. memerintah dgn tanggungjawab. maksudnya apabila teraju kepimpinan diberi pemimpin mesti bersedia selengkapnya. bukan masa lagi nak berlatih. dan jika x mampu jgn amik tanggungjawab tu... kerana buat silap dalam bola sepak sehari dua je kecewa... tapi kalau silap dalam memimpin merana rakyat seantero... kesannya akan berpanjangan sampai generasi akan datang..

Anonymous said...

jika bloggers masih berandaian negatif silakan. sy tidak ada apa2 kepentingan pun nak dipertahankan. sy cuma sebilangan dari berjuta lg rakyat msia berbangsa melayu yg kecewa kerana melihat melayu berpecah dan cina bersorak... sy adalah rakyat yg kecewa kerana melihat MP dan ADUN melayu islam baik dari UMNO dan pembangkang gagal melaksanakan janji2nya... lebih2 lg pembangkang... kenapa sy kata begitu... kerana pemimpin melayu pembangkang menyuarakan berbagai janji manis tp tidak dipenuhi... walaupun sy jugak kecewa dgn UMNO tetapi sekurangnya mereka tidak berjanji mcm PR... apapun sebagai rakyat yg kecewa sy akan terus menyalahkan MP dan ADUN melayu dari kedua2 pihak sebagai pemusnah bangsa... generasi masa depan akan mengenang UMNO dan MP melayu dr PR sebagai dalang yg memusnahkan hidup mereka. renungkanlah...

Anonymous said...

i think politik perkauman sangat tidak baik, sepatutnya politik kita bersikap Utra National dan International, bagaimana nak memajukan negara ini, walaupun Melayu berkuasa namun Cina pun ada kuasa mengundi... kita kena hormat mereka juga, bagi Cina Malaysia, negara ini adalah negara mereka juga, China tidak menerima mereka, bagi Melayu lagilah kena jaga negara ini sebab Indon tak terima kita jugak! Afrika Selatan lagilah tak mahu orang Melayu

Zanie said...

Mengapa kita tidak mendengar dengan teliti kata-kata Tn Guru Hj Hadi dan Nasharuddin ini?

Apakah pernah TGHH mengatakan PAS akan masuk UMNO? Apakah Nasha mengatakan PAS akan duduk dalam BN? Jawapannya ialah tidak! Malah TGHH pernah menjelaskan maksud beliau terhadap kerajaan perpaduan itu iaitu persetujuan semua parti PR apabila mengadakan satu-satu rundingan dengan BN-UMNO.

Tetapi semua itu tidak diambilkira. Semua itu diletak tepi dan ucapan TGHH yang diucap dimuktamar, yang tidakpun secara jelas menyatakan bentuk perpaduan itu diulang-ulang, dikipas-kipas an dibiarkan memarak. Menjadikan penyokong PAS bingung dan berserabut. Kemana hilangnya perpaduan dikalangan kita sendiri? Siapa yang untung dari polemik ini? Yakinkah kita manek Urai akan dimenangi dengan isu perbalahan pemimpin utama PAS ini?

Saya bimbang, kita masuk perangkap sekali lagi dan tewas dengan ujian yang direka oleh musuh kita ini.

Cukup-cukuplah berpolemik. Cari jalan damai dan jernihkan keadaan.

Anonymous said...

sy rasa x perlu saudara menggunakan bahasa yg nak menunjukkan saudara itu dr bangsa lain. itu taktik lapuk... malah sy yakin saudara siapa. international itu boleh... tapi kita kena ingat, sifat kaum cina ialah menguasai, itu sifat yg sgt bagus yg telah memberikan kejayaan pada bangsa cina... tetapi kita sebagai melayu perlu khuatir, lihat sahaja singapura. melayu nak cari kerja pun susah. alih2 kna dtg ke msia. sifat melayu adalah bertolak ansur... dan ini dikhuatiri akan memerangkap diri sendiri... mau x mau kita kena tegas pertahankan hak kita disamping tidak mengabaikan hak bangsa lain.

Anonymous said...

Kes Singapura tu adalah akibat dari kebodohan UMNO sendiri yang presidennya si bodoh Tunku Abdul Rahman..setaraf dengan Najis sekarang

Anonymous said...

kes singapura adalah kerana pemimpinya Dr. Lee K.Y yang berpikiran taraf dunia dan adalah murid mendapat No.1 dalam kelas semasa di University.... Malaysia mana ada... jika dikira terer ialah KJ, tetapi dipingir oleh UMNO.. macamana UMNO nak ada pemikiran world class? kelentong bolehlah

Anonymous said...

Itu pasal lah dah 50 tahun memerintah, melayu masih tercicir. Terbaru ni pinjaman pelajaran MARA kepada murid melayu pula dihentikan. Akibat kerajaan tak punya duit, melayu yang menyokong umno selama ini dikorbankan. Mana dia pejuang-pejuang umno seperti Ibrahim Abu Shah Brahim Ali, Khir Toyol...kenape tak tunjuk perasaan depan bangunan MARA.Kata perjuangkan hak melayu...celaka punya UMNO

Anonymous said...

KJ tersangat sayang, beliau bijak tetapi kebijaksanaan tersalah guna, kecuali untuk kuasa dan habuan, sama seperti Dr. Rais Yatim, beliau bijak mengunakan akademik untuk mentafsir sesuatu mengikut acuan UMNO. Begitulah jadinya bila Intelegent di politikan... sayang tengok orang Melayu. Pemimpin Cina pun begitu juga tetapi tidaklah sampai membakul sampahkan Intelegentnya,

Anonymous said...

pinjaman MARA pada pelajar Melayu diberhentikan?????????? biar betul
semakin mundurlah bangsa Melayu gara gara UMNO (tetapi pemimpin Melayu UMNO sedikit pon tidak terkena tempias kegawatan ekonomi terkini)

Anonymous said...

Mana ad hak melayu? cuba sebut satu per satu..kami nak tuntut dari UMNO. Ini semua kata kata mainan UMNO saja nak kelentong orang melayu. Lihatlah sejak lahir sampai sekarang, apa yang kami dapat dari UMNO yang memerintah 50 tahun. Ada ke melayu dapat tanah percuma, rumah percuma, pelajaran anak percuma...ada ke? Cuba lah buka mata sikit penyokong totok UMNO yang bangang amat amat.

Anonymous said...

UMNO, PAS, PKR, DAP.....persamaanya ialah parti politik. Najib, Hj Hadi, Anwar, Lim K.S persamaanya ialah mereka ini pemimpin di Malaysia dan orang Malaysia, tetapi Najib rugi sikit sebab dia ada kuasa dan mudah dipersalahkan sedangkan yang lain tak ada kuasa, nak menyalah macamana???