SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Sunday, June 14, 2009

INGATAN AHLI UMNO KEPADA NAJIB

Lebih 10 tahun dahulu, Mahathir yang kini masih mendapat umur subsidi telah menyebabkan UMNO lumpuh dan menuju kehancuran sampai ke hari ini ekoran tindakannya memecat dan seterusnya membuat pendakwaan palsu yang direka-reka ke atas Anwar Ibrahim. Peristiwa 2 September 1998 sesungguhnya menjadi titik tolak kehancuran UMNO akibat kebebalan seorang pemimpin bernama Mahathir yang bertindak zalim dan ganas ke atas bekas timbalannya sendiri. Rakyat Malaysia sama sekali tidak sampai hati melihat seorang manusia diperlakukan sedemikian rupa, lalu bertindakbalas dalam pilihanraya umum 1999. Natijahnya, UMNO kalah teruk dan Terengganu jatuh ke tangan PAS.

Impak penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan ke atas Anwar semenjak 2 September 1998 itu terus menjalar sehingga ke hari ini dan dalam pilihanraya umum 8 Mac 2008 lepas, UMNO-BN telah menerima padah yang bukan kepalang apabila buat pertama kali semenjak negara merdeka, parti telah kehilangan majoriti dan menyaksikan enam buah negeri tumbang ke tangan pembangkang.

Saya tidak percaya bahawa kemenangan besar parti pembangkang yang seterusnya menubuihkan Pakatan Rakyat adalah hanya dek faktor seorang insan bernama Anwar Ibrahim. Tetapi dendam dan marah rakyat adalah bertalian dan berentetan semenjak kezaliman Mahathir 11 tahun dahulu. Amat besar ”hikmah”nya pemecatan Anwar dan seterusnya kezaliman yang Mahathir lakukan ke atasnya dengan menyumbatnya ke dalam Penjara Sungai Buloh, telah mencetuskan kesedaran politik yang maha hebat di kalangan rakyat. Dengan bantuan media alaf baru-internet, rakyat telah mendapat maklumat dari dalam kamar Mahathir sendiri mahupun kamar mahkamah

Sesungguhnya gelombang kesedaran rakyat terhadap kezaliman kerajaan bertitik tolak daripada penganiyaan ke atas Anwar terus merebak dengan marak sehingga ke hari ini. Meskipun kehilangan majoriti 2/3 BN dalam pilihanraya umum lepas, diikuti oleh suara-suara kesal para pemimpin BN, namun kekesalan itu cuma hangat seketika. BN-UMNO tidak pernah belajar dan mahu berubah dan bermuhasabah diri dan insaf untuk tidak terus menzalimi rakyat lagi. Selepas beberapa bulan, kebejatan pemimpin UMNO untuk terus menindas rakyat tetap diteruskan juga. Hasilnya, Perak telah dirampas secara biadap dan tidak bertamadun. Kemarahan rakyat membuak-buak lagi. UMNo tidak belajar lagi dari kesilapan pertama dahulu (menzalimi Anwar).

Kini, Episod II untuk menganiayai Anwar kembali bergema. Kalau dulu dikepalai oleh Mahathir kini anak didiknya, Najib pula yang tidak belajar daripada kesilapan dahulu, terus mahu mengenakan Anwar. Berkat persetujuan si tolol anak haram Saiful Bukhari Azlan, Najib nampaknya mahu mencuba nasib meneruskan legasi Mahathir dahulu, sepertimana Bush Junior melunaskan dendam Bush Senior terhadap Saddam Hussein. Berbinikan Rosmah Mansur yang tidak pernah menjejakkan kakinya ke universiti bagi menggilap otaknya, amat malang buat Najib yang tidak mendapat seorang penasihat yang cerdik di sampingnya untuk menasihatkannya dengan hati yang jernih. Malah sifat ganas Rosmah yang meletupkan Altantuya memungkinkan Najib terpaksa berhati kering untuk mengenakan musuh politiknya yang bernama Anwar itu.

Sebagai salah seorang Ketua UMNO, suka saya memberikan AMARAN kepada Najib bahawa tindakannya mahu mengenakan Anwar melalui pertuduhan palsu Episod Liwat II dan mengarahkan hakim-hakim mahkamah untuk mengenakan juga Anwar dalam perbicaraan bulan depan bakal mencetuskan gelombang Reformasi Kedua yang bukan sahaja akan merosakkan imej negara bahkan akan menghancur leburkan terus parti keramat orang Melayu ini. Sebarang kezaliman seterusnya ke atas Anwar sudah pasti akan tambah mengukuhkan kebencian dan dendam rakyat terhadap UMNO-BN dan pilihanraya umum ke 13 nanti bakal mengebumikan terus UMNO-BN dari bumi Malaysia ini. Meskipun saya bukanlah menyukai Anwar tetapi apa jua kezaliman dan ketidakadilan yang dilakukan keatasnya tidak akan saya dan orang Melayu terima sama sekali. Berpada-padalah dalam berpolitik kerana setinggi manapun pangkat darjat dan sehebat mana pun kita, kita sama sekali tidak akan dapat menongkat langit. Akan ke tanah jua akhirnya dan akan berdepan dengan Munkar Nakir jua di dalam lubang kubur.

Adalah silap besar jika Najib dan orang-orang UMNo menyangkakan bahawa kerana Anwar berada bebas di luar lah maka rakyat berpaling daripada UMNO-BN walhal daripada pengamatan saya selaku Ketua Bahagian UMNO selama 10 tahun kebelakangan ini, tahap sokongan rakyat beralih kepada pembangkang dek kedurjanaan UMNo sendiri lah yang terlalu bermaharajalela seolah-olah muka bumi Allah yang bernama Malaysia ini hak milik mak bapak mereka yang bernama pemimpin UMNO. Terus terang saya katakan bahawa meskipun saya masih ahli UMNO tetapi jiwa saya sudah tidak lagi mahu bersama UMNO. Selagi UMNO mengamalkan najis mughallazah dalam pentadbiran negara dengan menganggap rasuah sebagai tuhan dan rakyat sebagai lembu yang bodoh, memperalatkan polis, SPRM, hakim-hakim , SPR dan sebagainya, maka tahap sokongan rakyat kepada UMNo akan terus terhakis sebagaimana terhakisnya pantai akibat pukulan ombak yang bertalu-talu.

Di kalangan kakitangan kerajaan pula, hampir 80 % tidak lagi memberikan undi kepada UMNO-BN. Cetusan gelombang internet yang membolehkan rakyat mendapat dan menilai sendiri berita-berita yang disembunyikan oleh media pengampu jauh mengatasi pengaruh Anwar Ibrahim seorang. Ketika Anwar terperosok di Sungai Buloh selama 6 tahun dahulu sudah cukup untuk rakyat menilai betapa zalim dan jahatnya kerajaan Barisan Nasional ini, hatta mempertikaikan apakah akidah dan agama anutan pemimpin UMNo sehinggakan kezaliman melampaui batas sanggup dilakukan ke atas seorang insan yang tidak berdaya.

Perlu disedari Najib bahawa dengan imejnya yang tercalar buruk ekoran penglibatannya dan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya akan menjadi gunung berapi yang akan meranapkan ketuanan UMNO-BN buat selama-lamanya dalam PRU 13 nanti sekiranya kezaliman kedua dilakukan juga ke atas Anwar dalam Episoid Liwat II yang bakal berlangsung ini. Persetankan soal keadilan mahkamah kerana satu dunia telah tahu bahawa mahkamah di negara ini adalah di bawah telunjuk mereka yang menjadi Perdana Menteri atau penguasa UMNO-BN. Kes Perak merupakan bukti terkini yang semakin menambahtebalkan ketidakpercayaan masyarakat bahawa hakim-hakim di negara ini adalah badut-badut yang lebih layak menjadi anjing suruhan pemerintah semata-mata.

Sebelum mengakhiri tulisan ini, suka saya mengingatkan sekali lagi kepada Najib bahawa hentikanlah konspirasi kotor anda ke atas Anwar demi menyelamatkan UMNO dari terus dibenci dan dikutuk oleh rakyat. Jangan pula sampai tercetusnya Reformasi Kedua yang membuatkan parti semakin dipulau dan dibenci habis oleh rakyat dan simpati mendalam kembali subur kepada Anwar dan pembangkang.

Anda sudah pun menjadi Perdana Menteri dan tiada suatu pun lagi yang boleh menghalang anda daripada memegang jawatan itu. Jadi untuik apa anda mencetuskan masalah yang akan membawa bencana buruk kepada parti. Rakyat sekarang bukannya bodoh dan buta dan tidak tahu menilai benda yang betul atau salah. Meskipun anda, Najib berjaya menjadi PM ke-6 berkat pertolongan bomoh yang berjaya ”melemah dan menundukkan” Yang Dipertuan Agong beberapa hari sebelum 3 April lepas, seharusnya anda terus memperkasakan parti dan memenangi semula hati rakyat dengan teladan dan kepimpinan seperti Tun Razak ayah anda dahulu.

Biarlah rakyat sendiri yang menilai Anwar melalui pilihanraya. Biarkan Anwar terjun dengan labu-labu 16 Septembernya. Kalau kita dah buat benda yang betul kenapa pula kita harus takut untuk berdepan dengan rakyat? Ingatlah bahawa kekalahan kita dalam pilihanraya lepas bukannya kerana faktor Anwar Ibrahim tetapi kerana faktor kedurjanaan UMNO-BN sendiri terhadap rakyat semenjak zaman Mahathir lagi. Masih belum terlambat wahai Najib! Usahlah menambahkan lagi dosa membunuh Altantuya dengan menganiaya Anwar sekali lagi. UMNO akan terus hidup di hati rakyat selagi pemimpinnya sedar dan mahu kembali ke pangkal jalan dan bertaubat nasuha daripada segala dosa-dosanya selama ini.

Sekian, wassalam.


KETUA UMNO
Cawangan 1 Malaysia
Pahang Darul Makmur.

No comments: