SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Wednesday, June 24, 2009

KENAPA DI HADKAN 10 MATA PELAJARAN?



Kenapa di hadkan hanya 10 subjek untuk SPM?

Pelik tapi benar,itulah hakikat yang perlu di tanggung oleh setiap pelajar di seluruh MALAYSIA.Banyak anak melayu yang kecundang dan gagal mendapat keputusan baik dalam SPM,bilangan subjek nampaknya di hadkan kepada 10 sahaja mulai tahun hadapan.Alasannya untuk memberi penumpuan penuh pelajar untuk subjek yang di ambil dan dapat fokus.Bagi saya seorang pelajar itu ada hak untuk memilih di dalam menentukan mata pelajaran yang harus di ambil,bukannya di hadkan ataupun di kawal.Kita nak belajar pun di kawal?nak belajar macam-macam ilmu pun di kawal?pelik la macam ini.

Mari kita lihat satu sudut,dengan apa yang di perkenalkan ini semestinya memberi masalah kepada sekolah menengah agama.Kerana sekolah menengah agama ada subjek bahasa arab atau subjek yang jarang ada di sekolah menengah kebangsaan.Apabila kita bersekolah di sekolah menengah agama atau sekolah agama rakyat,kita akan melihat kebanyakkan pelajar akan mengambil lebih dari sepuluh mata pelajaran.Jika di laksanakan had 10 mata pelajaran semestinya pelajar akan mengenepikan mata pelajaran yang lebih dari 10 walaupun seseorang itu meminati subjek tersebut,tetapi dengan had yang di kenakan terkorbanlah satu subjek atau lebih yang pelajat itu minati.

Kebelakangan ini PELAJAR CEMERLANG hanya lahir dari sekolah aliran agama dan bukan dari aliran SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN,apabila di hadkan 10 subjek, ini akan ada ramai yang dapat 10A1,bermakna bukan sekolah memengah agama sahaja yang ada pelajar cemerlang sekolah menengah kebangsaan pun ada juga.Maka akan di siarkan sekolah menengah kebangsaan sekian sekian mempunyai banyak pelajar cemerlang,sekolah menengah agama tak di siarkan.Tahun 2008 pelajar cemerlang adalah dari sekolah menengah agama bukan sekolah kebangsaan.ADIK MADIHAH mendapat 20A1 berasal dari terengganu.Jika di lihat rumah beliau sememangnya usang tetapi adik madihah tetap menghasilkan keputusan yang cemerlang walaupun dalam keadaan keluarga yang serba kekurangan.

Di zaman MAHATHIRISME banyak sekolah agama rakyat di tekan sehinggakan cikgu-cikgu aliran kebangsaan dari sekolah agama rakyat tersebut di pindahkan ke sekolah menengah kebangsaan lain.Di tukarkan dengan cikgu yang baru masuk ke dalam sekolah agama rakyat.Sebenarnya niat MAHATHIR ketika itu hendak mengurangkan pengaruh PAS di dalam sekolah agama rakyat,sehingga sanggup memberi tekanan dengan pelbagai tohmahan dan sebagainya.Ketika 1998 gelombang reformasi melanda sememangnya pelajar sekolah agama bersimpati dengan DSAI dan menyokong reformasi,termasuk saya ketika itu baru tingkatan 2 pada tahun 1998 dan bersekolah di sekolah agama rakyat.

Sudah la PPSMI memeningkan pelajar selepas itu hadkan SUBJEK dalam SPM,kini BAHASA INGGERIS pula perlu lulus untuk meluluskan seseorang pelajar dalam SPM.Nampak gayanya nanti MALAYSIA JADI FILIPINA,ramai boleh berbahasa inggeris tapi banyak yang susah dan merempat.Banyak la nanti pelajar melayu akan gagal dalam SPM,kerana pelajar melayu lebih minat jadi MAT REMPIT daripada menjadi insan berguna.Ini semua IDEA siapa?UMNO LA..

No comments: