Malam tadi malam Jumaat…ramai orang nak ambil berkat. Ada yang nak tambah zuriat..ada yang kenduri doa selamat.
Lepas Isya’, semua jemaah dijemput ke kenduri doa selamat kat rumah Pak Nawi. Sejak kena penyakit ghout, Pak Nawi dah jarang keluar rumah..aku pun sebok tak tentu pasal hal orang lain. Tapi malam tadi kena pergi jugak..lagi pun jemaah yang sembahyang kat masjid tak sampai pun 15 orang.
Sampai kat rumah Pak Nawi…hidangan dah tersedia atas seperah. Tapi tak tau apa menu malam ni…sebab ditutup dengan kertas suratkhabar. “Aaaikk!! Pak Nawi dah baca Utusan ke?” aku tanya bila tengok suratkhabar yang menutup hidangan semuanya Utusan. “Baru siang tadi aku beli…kertas Harakah kecik sangat!” balas Pak Nawi. “Lagipun dah tak seronok baca Harakah…dah macam baca Utusan jugak.”
Semua orang mencari tempat…aku mencari dinding untuk bersandar. Duduk bersila lama sangat, kaki kebas.Aku intai bawah surat khabar…nampak roti paun. Cheh…tak kan cicah bubur kacang lagi!
Tok imam tanya kat Pak Nawi.” Nak buat tahlil ke?”
“Ishh…doa selamat je..tak mati lagi nak buat tahlil buat apa?” jawab Pak Nawi.
“Doa selamat untuk apa?” tanya Tok Imam.
“Anak teman nak masuk Khidmat Negara..nak minta simpang malaikat empat puluh emapt..supaya jangan jadi apa-apa.” balas Pak Nawi.
Berkerut dahi Tok Imam..” Aaaikk!! Masa mike pergi Mekah hari tu tak ada pun doa selamat…anak nak masuk PLKN pun nak buat doa selamat?”
“Nak pergi Mekah…malaikat jaga. Nak masuk PLKN..hantu setan yang jaga. Pergi Mekah..tak takut kena rogol. Masuk PLKN..silap-silap kena rogol. Kat Mekah tak ada hantu setan…kat PLKN..sekejap-sekejap meroyan. Kalau nak dikirakan…masuk hutan cari garam bukit lagi selamat dari masuk PLKN.” jawab Pak Nawi.
Tok Imam terdiam. “Auzubillahiminassyaitanirrajim…..”‘ Tok Imam terus membaca doa.
Tak panjang doa Tok Imam malam ni…mungkin dia pun nak cepat balik…maklum la malam Jumaat.
Habis baca doa..masing-masing pakat dok selak kertas suratkhabar. Yang ada cuma roti paun. “Nak cicah kopi O saja ke Pak Nawi? Tanya Pak Lang Pian.
“Nanti dulu….ada kuah durian.” Jerit Mak Piah dari dapur. “Mat….tolong angkat hidang.”
Aku juga yang kena. Nasib baik bersandar kat dinding…kalau tidak naya terjengkut-jengkut…kebas kaki.
“Dah gegak ke dah.” Aku Tanya kat Mak Piah.
“Baru membuang buruk. Tahun ni musim tak sekata..ada yang baru meliat…ada yang baru melemak. Yang didarat baru membuang buruk..yang kat bukit nun dah mula gegak.”
Aku garu kepala. Tak paham apa yang dicakapkan oleh Mak Piah. Nak bertanya…segan. Duduk kampong tapi tak tau bahasa durian.
Para jemaah dah mula menyiat roti paun, cicah kuah durian.
“Mana dapat roti paun ni Pak Nawi?” Tanya Pak Lang Pian. Kat pekan Sauk bukan ada orang buat roti paun.
“Double Lion!” jawab Pak Nawi.
“Huhhh!!” macam nak tersedak Pak Lang Pian. “ Roti Cina tu?”
“Roti hailam la…Melayu Kuala semua makan roti tu.”
Selesai makan, ramai yang tak tunggu untuk bersembang. Lepas angkat gelas dan pinggan…aku duduk kat beranda denganTuan Syed dan Pak Nawi. Tinggal kami bertiga.
Pak Nawi bawa keluar rokok daun dan tembakau cap semut…mungkin tembakau Padang Rengas dah habih kot. Tuan Syed pun tumpang sama menggulung tembakau.
“Kamu tau pasai apa deme riuh dengan Kerajaan Perpaduan ni , Mat?” Tuan Syed memulakan sembang.
Perrrrggghh! UG lagi! Ingatkan nak sembang pasai durian ka…rambutan ka.
“Masa mula-mula Task Force 2010 tu ditubuhkan dulu..aku sama-sama duduk dalam tu. Sama-sama pergi ke Siam…nak bantu orang islam kat sana. Apa yang bakaq cerita tu memang betui. Tapi ada sorang lagi yang Bakaq tak pernah sebut.”
“Sapa dia?” aku cepat-cepat potong ayat Tuan Syed.
“Azlan…bapa Saiful yang kata kena rodok dek Anwar tu.” Jawab Tuan Syed.
“Ha???” terkejut jugak aku.
“Tapi dia tak terlibat dengan UG. Dan dia pun tak tau…UG ni ada kaitan dengan kes Anwar. Bapa Saiful ni pun…bukan pernah jumpa anak dia tu…jadi bila dia cuba jadi glamer dengan masuk campur kes Saiful…Najib sacked dia dari Task Force. Sebab tak mau nampak sangat…” kata Tuan Syed.
“Apa kaitan kes Anwar dengan Kerajaan Perpaduan?” aku mula naik syok.
“Panjang cerita dia..benda ni dah dirancang sebelum Pak Lah turun takhta PM lagi. Najib nampak..Anwar sebagai penghalang…itu sebab dia perlu memusnahkan Anwar. Tapi sebelum serangan keatas Anwar dibuat…sokongan kepada Anwar perlu dipecahkan. Kalau tidak..jadi macam tahun 1998 dulu. Tahun 98 dulu, bila Anwar kena…Pas datang tolong. Jadi tahun ni..kalau Pas tolong juga..naya la BN. Jadi depa kena buat supaya Pas tak tolong Anwar.”
Fuh!! Ini cerita baru ni. Tapi tak tau la….Tuan Syed ni cerita betui ka…atau saja nak auta.
“Macam ni la Tuan Syed..” aku kata. “Aku dah malas nak layan benda ni. Makin hari makin mengarut.”
“Tu la!…” Tuan Syed tiba-tiba membentak. Kamu perati tengok..pasai apa UG ni tak dibincang diperingkat parti Pas…tiba-tiba meletup macam tu?
Sebab Najib dah terdesak…dan Nasha dah terjerat. Kamu perati tengok…pasai apa najib tak macam Pak Lah…tak keluar negeri? Kamu tengok nanti…setiap sidang Parlimen dia mesti pergi. Dan pasai apa tiba-tiba Najib pergi Sarawak? Sebab banyak yang tak kena. “ Tuan Syed bertanya macam-macam.
Lagi serabut kepala aku. Lepas ni aku kena perati Najib pulak. Betui ka cakap tuan Syed…atau dia cuma auta.
msk
No comments:
Post a Comment