SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Saturday, June 6, 2009

NASHARUDIN MENANG AKHIRNYA

Rasmi Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan timbalan presiden PAS dalam pemilihan parti itu semalam.

Pengumuman kemenangan beliau mendapat tepukan gemuruh para perwakilan, walaupun sebelum ini - sehingga saat-saat akhir - ramai yang meramalkan Husam akan menang.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Datuk Husam Musa (281) dan seorang lagi calon, Mohamad Sabu mendapat 261 undi.

Ekoran kekalahan beliau, Husam dan Mohamad Sabu yang sebelum ini merupakan naib-naib presiden PAS, tidak lagi memegang sebarang jawatan tinggi parti di peringkat pusat.

Pengerusi pemilihan, Datuk Mustafa Ali mengumumkankeputusan tersebut pada kira-kira jam 10 pagi ini.

Bagi jawatan naib presiden pula, pemenangnya - seperti yang dijangkakan - ialah Salahuddin Ayub yang mendapat 824 undi, Tuan Ibrahim Tuan Man (871) dan Mahfuz Omar (636).

Dua lagi calon - Mujahid Yusof Rawa mendapat 277 undi dan Nik Mohd Amar Nik Abdullah memperolehi 333 undi. Mujahid bagaimanapun berjaya terpilih menganggotai Jawatankuasa Pusat PAS.

Berikut adalah senarai 18 ahli Jawatankuasa Pusat PAS ialah:

Datuk Mohd Nizar Jamaluddin - 854
Idris Ahmad - 799
Kamaruddin Jaffar - 769
Datuk Seri Azizan Abdul Razak - 653
Datuk Dr Hassan Ali - 642
Dr Hatta Ramli - 638
Abdul Ghani Shamsudin 637
Datuk Abu Bakar Chik - 622
Mohamad Hanipa Maidin - 619
Amiruddin Hamzah - 606
Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali - 589
Abdul Ghani Abdul Rahman - 584
Dr Zulkifli Ahmad - 576
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - 530
Hashim Jasin - 522
Mazlan Aliman - 513
Taib Azamuddin Mohd Taib - 508
Mujahid Yusof Rawa - 448

Lebih 1,000 perwakilan mengundi semalam dan pengiraan selesai sehingga awal pagi ini.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai presiden tanpa bertanding.

Muktamar ke-55 PAS sedang berlangsung selama tiga hari di Shah Alam.

No comments: