SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Saturday, June 6, 2009

DEWAN ULAMA MELOBI JAWATAN?

Sedihnya saya tidak terhingga. Tidak pernah berlaku dalam sejarah PAS apabila sesebuah dewan itu melobi jawatan secara terbuka seperti yang kita telah lihat semalam.


Dilaporkan bahawa:

“Ulama mahu tiga jawatan teratas PAS Jimadie Shah Othman | Jun 4, 09 2:20pm kemaskini 8.22pm
Dewan Ulama PAS hari ini meluluskan usul supaya jawatan presiden, timbalan dan satu daripada tiga naib presiden parti itu diperuntukkan kepada golongan ulama dalam usaha memantapkan golongan itu yang kian dipertikaikan.

Usul Dewan Ulama Terengganu itu dibuat atas dasar ulama telah mempelopori penubuhan PAS dan menerajui kepemimpinan ulama sejak 27 tahun lalu - apabila era Datuk Asri Muda yang dianggap nasionalis ditumbangkan pada 1982.”


Saya tak tahu nak kata apa. Sekiranya ulama di dalam PAS dipertikaikan, bukankah sepatutnya dilihat apakah yang telah dipertikaikan? Adakah Dewan Ulama di dalam PAS merasakan mereka adalah maksum dan tidak boleh dikritik dan dipersoalkan?

Maka, reaksi awal kepada kritikan dan cadangan kepada para ulama di dalam PAS adalah untuk menghadkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden 1 kepada ulama?

Bukankah sepatutnya pada ulama di dalam PAS memuhasabah diri terlebih dahulu dan menilai kesemua kritikan yang telah diberikan kepada ulama. Bukankah kritikan itu satu bentuk nasihat?

Adakah penghadan ketiga2 jawatan tersebut dapat menjamin para ulama PAS tidak akan dikritik lagi? Saya tidak faham. Apa tujuannya untuk menghadkan ketiga-tiga jawatan berkenaan kepada Ulama lebih2 lagi dalam keadaan ulama kian dipertikaikan?

Bukankah ini satu tanda kesombongan. Apabila dikritik dan disoal, maka reaksinya adalah untuk menghadkan kritikan dan pertikaian dengan memastikan jawatan hanya untuk ulama?

Setau saya usul kepimpinan ulama ini telah datang dari Pemuda PAS Pusat pada tahun 1982. Ertinya, ia tidak pernah datang dari Dewan Ulama itu sendiri.

Dengan usul terbaru ini, jelas para ulama dalam PAS lebih senang melobi untuk jawatan dari berusaha membetulkan keadaan dan diri mereka sendiri.

Kalau Saidina Umar RA sendiri boleh dikritik di khalayak ramai tapi beliau tidak pernah marah dan berdendam, adakah Dewan Ulama PAS merasakan diri mereka lebih baik dari Saidina Umar?

Sedihnya saya apabila jawatan menjadi objektif utama Dewan Ulama sekarang ini. Tidak pernah pun kita dengar sepanjang perbahasan berkenaan ”output” dari Dewan Ulama.pakah hasil dari Dewan Ulama yang boleh dibanggakan oleh ahli dan penyokong PAS sepanjang 15 tahun ke belakangan ini?

Tidakkah itu satu persoalan yang lebih penting untuk diperbahaskan? Bagaimana Dewan Ulama PAS dapat menyumbang kepada kemenangan PAS? Bukannya mempersoalkan tindakan ahli2 yang tidak menyukai jalinan hubungan dengan UMNO yang pernah dicuba itu?

Saya tak tau la apa hendak jadi pada parti apabila ada segolongan dalam PAS yang merasakan diri mereka maksum dan berada di atas syariat? Mereka merasa mereka tidak boleh dikritik dan dipertikaikan. Dan yang lebih menyedihkan, apabila dikritik, bukannya hendak bermuhasabah, tetapi reaksi terawal adalah untuk meminta jawatan.

Ulama yang benar-benar layak tidak perlu meminta jawatan. Contoh terbaik adalah Tok Guru Nik Aziz sendiri yang telah berkali-kali menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan MB. Malahan, pada awal penubuhan kerajaan Kelantan 1990, beliau dengan jelas menyatakan beliau hanya mahu jawatan Speaker sahaja.

Tetapi ahli dan penyokong yang menjulang beliau kerana beliau mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk memimpin. Hasilnya, beliau memimpin Kelantan selama 4 penggal berturut-turut dan telah mengalahkan 4-6 Ketua Perhubungan UMNO Kelantan.

Kenapa hendak melobi? Biarkanlah ahli menentukan siapa yang layak dan siapa yang tidak layak. Ulama yang benar-benar layak dan mempunyai kriteria ulama yang sebenar akan dinaikkan oleh ahli dengan mudah.

Usul ini juga merisaukan saya kerana usul ini tidak menyatakan kriteria ulama yang mahu dijadikan pemimpin itu.

Kalau mengikut Perlembagaan PAS, kriteria hanyalah mereka yang belajar dalam institusi2 pengajian tinggi dalam bidang agama sahaja sudah melayakkan seseorang itu menjadi ulama di dalam PAS.

Ertinya, faktor taqwa, akhlak, khauf kepada Allah SWT tidak menjadi isu. Hanya cukup seseorang itu berkelulusan agama dari mana2 institusi agama ( Walaupun lulusan KIK seperti Harussani Zakaria) sudah melayakkan seseorang menjawat jawatan dalam parti dan menjadi ulama dalam PAS?

Adakah ini adil? Adakah ini melambangkan Islam? Adakah ini yang diaajar oleh Nabi SAW yang jelas melarang tindakan meminta-minta jawatan?

Fikirkanlah.

No comments: