SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Saturday, June 20, 2009

UMNO DI MANIK URAI TERBELAH DUA

Peluang Umno menang di Manek Urai bukan hanya ditentukan oleh calon yang sesuai tetapi juga sama ada dua kumpulan Umno dalam bahagian tersebut, boleh bersatu.

Umno bahagian kini terbahagi kepada dua kumpulan - yang menyokong ketua bahagian sekarang, Ramzi Abdul Rahman dan yang menyokong bekas ketua bahagian Wan Zaid Abdullah.

Menurut sumber, kedua-dua mereka mempunyai pengaruh yang sama banyak dan jika satu kumpulan tidak menyokong, Umno sukar menang di Manek Urai.

Jika tidak ditangani segera, kata sumber itu, jentera kempen BN Manek Urai boleh berpecah kepada dua kumpulan.

Sebanyak 28 daripada 42 cawangan Umno di Kurai Krai merupakan cawangan yang menyokong Wan Zaid sejak sekian lama.

"Hubungan mereka berdua renggang sebaik sahaja Datuk Ramzi menjadi ketua bahagian, menggantikan Wan Zaid pada 2005," kata sumber kepada Malaysiakini

No comments: