SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Thursday, June 18, 2009

PENENTU MASA DEPAN PAS

Minggu hadapan di fahamkan PARTI PAS akan menyelesaikan isu TOK GURU NIK AZIZ dan NASHARUDIN MAT ISA.Dalam pada itu juga TOK GURU NIK AZIZ sedang menyusun mensyurat untuk menamatkan cerita UG.

Ahli PAS di bawah semestinya tidak senang duduk dengan reaksi yang di tunjukkan oleh TOK GURU NIK AZIZ sehingga menyuruh NASHARUDIN MAT ISA masuk UMNO jika mahu teruskan AGENDA UG.Peribahasa yang sesuai adalah"pukul isteri sindir menantu".Jik kita melihat dan mendengar apa yang di ungkapkan oleh TOK GURU NIK AZIZ,kenyataan tersebut bukan hanya kepada NASHRUDIN sebagai TIMB PRESIDEN PAS tetapi JUGA kepada individu-individu yang inginkan UG.

Masalah PARTI PAS hari ini akan mematangkan ahli dan pemimpin pertengahan PAS untuk lebih maju ke hadapan.Biarpun ia bergelut di bahagian atas tetapi pedebatan hingga membawa ke PARLIMEN KEDAI KOPI.Akibat dari masalah UG ini ada kawan seperjuangan sudah tak bertegur sapa gara-gara UG yang semestinya memeningkan AHLI DI BAWAH.PARTI PAS sekali lagi berada di persimpangan dan krisis identiti semenjak MUKTAMAR di SELANGOR baru-baru ini.Sebagai AHLI PKR dan bukan AHLI PAS melihat perkembangan ini kadang-kadang ada baiknya,baik kerana kita dapat kenal mana satu lawan mana satu pengkhianat.Apabila masalah UG ini semakin panas sehinggakan ada kawan-kawan menggelarkan BLOGGER sebagai yahudi kerana mencurigai USAHA UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN UG.

Janganlah pula main politik ugut mengugut untuk mendapatkan kuasa.Kerana ingin mendapat jawatan yang tertinggi sanggup mengugut kawan-kawan seperjuangan.Semoga PARTI PAS akan di pelopori orang individu yang mempunyai asas perjuangan yang kuat didalam menghadapi UMNO BARISAN NASIONAL.PARTI PAS MASIH BERADA DI PERSIMPANGAN...

No comments: