SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Wednesday, June 17, 2009

TAK LARAT JADI KETUA KAMPUNG BAIK LETAK JAWATAN

salam semua,

Tertarik dengan berita dari sinar harian mengenai elaun ketua kampung yang tertunggak.Di sini saya berpandangan kita sebagai mata dan telinga kerajaan negeri KEDAH tidak seharusnya memperlekehkan KERAJAAN NEGERI KEDAH sendiri gara-gara tidak dapat elaun.Kita sebagai organ parti mahupun dalam PR seharusnya mempertahankan bukan menempelak tak tentu pasal.Kita sedia maklum bahawa KERAJAAN KEDAH kekurangan dana di dalam mengurus tadbir KEDAH HARI INI.Perkara ini perlu di ketahui oleh semua KETUA KAMPUNG seluruh kedah,perlu tahu msalh kerajaan negeri dan masalah kewangan yang meruncing.

Saya bukan ingin mempertahankan kerajaan KEDAH membabi buta tetapi kita perlu ikhlas di dalam tiap kerja yang di lakukan.Memang benar kita perlukan duit tetapi dua orang individu yang memberi komen kerana tidak mendapat elaun itu kedua-duanya orang yang ada sumber lain.

Seorangnya pesara dan seorang lagi pengusaha kantin sekolah.Apa masalah dengan elaun RM 400 sahaja sedangkan pendapatan bulanan tetap masih ada.Jika merasakan beban keran kerja tak mendapat elaun lebih baik berhenti dari menjadi ketua kampung,ITU LEBIH BAIK.Ini tidak menyerlhkan lagi kelemahan kerajaan KEDAH yang mereka sanjung selama ini.

Ketika berjuang era PKN tiada pula timbul isu elaun dan sebagainya,anggaplah kerja ketua kampung ini macam berjuang untuk rakyat,kenapa sekarang soal elaun di hadapan?Ketika PKR di ambang kesusahan di mana HJ HALIM?itu persoalannya kenapa sudah jadi kerajaan ELAUN JADI ISU,KENAPA SERVIS KEPADA PENDUDUK TIDAK DI UTAMAKAN?

Tiada siapa paksa anda jadi KETUA KAMPUNG KOMUNITI.Ada yang sanggup melobi untuk menjadi KETUA KAMPUNG,apabila dah dapat elaun tak dapat kerja pun tak buat.Baru jadi KETUA KAMPUNG dah merungu pasal duit,tak jadi ADUN lagi.

Fikirlah secara waras dan cari maklumat kenapa elaun lambat dan sebagainya.Bukan hanya KETUA KAMPUNG dari PKR dari PAS pun tidak dapat elaun juga.LEBIH BAIK LETAK JAWATAN DARIPADA MEMRACAU TAK TENTU HANYA KERANA ELAUN,BANYAK LAGI MANUSIA YANG IKHLAS DALAM BERKHIDMAT KEPADA PENDUDUK KAMPUNG.

Mana Elaun Kami.. Mana ada orang buat Kerja LILLAH'HITAALA dah lanie...

KEDAHLANIE

No comments: