Rakyat sudah semakin matang dan semakin bersedia untuk berdepan dengan umno dan kelicikan mereka.Tetapi satu "setback" terbesar dan terpenting kepada rakyat sekiranya DSAI dihantar kembali ke penjara atas kesalahan yang cukup jelas direka reka oleh umno.Untuk itu,rakyat juga harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang terburuk ini
SEMARAK REFORMASI
LAGU SELOKA KEDAH
Monday, June 15, 2009
NIZAR DI HALAU KELUAR DEWAN RAKYAT
Ahli Parlimen Bukit Gantang, YAB Datuk Seri Ir Mohd Nizar bin Jamaluddin hari ini telah diperintahkan keluar dari dewan Rakyat sebaik sahaja selepas sessi angkat sumpah.
Kawalan ketat sekiran Parlimen berlaku hari ini.
Beberapa orang Ahli Parlimen pembangkang telah melaungkan "Hidup Rakyat" sebaik saja Nizar selesai mengangkat sumpah, dengan beberapa orang kelihatan memakai lilitan di lengan dan kepala tertulis perkataan "Bubar Dun".
Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang tidak senang hati dengan tindakan ahli parlimen tersebut telah mengarahkan Nizar, M. Kulasegaran dan Nga Kor Ming keluar dari dewan, setelah mereka enggan menanggalkan lilitan tersebut.
Mereka yang turut diarah keluar termasuklah Dato' Ngeh Kor Ham, YB.Gobalakrishnen, Dr.Hatta Ramli, Dr.Zulkifli, YB.Nurul Izzah dan beberapa orang lain.
Beberapa orang ahli dewan undangan negeri Perak dari Pakatan Rakyat (PR) juga hadir untuk menunjukkan sokongan kepada Menteri Besar Perak yang diminta oleh Sultan Perak meletak jawatan Februari lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment