Tanggal 31 MEI 2009 tarikh proses pengundian PRK PENANTI,proses pilihanraya kali ini dalam keadaan sunyi dan cukup boring.Peratus mengundi adalah 46.7 peratus setelah semua peti undi di tutup tepat pukul 5 petang.Ini adalah peratus keluar mengundi paling rendah dalam sejarah pilihanraya di MALAYSIA.
Tetapi itu bukan penghalang untuk calon PKR DR MANSOR OSMAN menang dengan MAJORITI 5558.Di sini kita memperlihatkan sekali lagi calon bebas hilang wang deposit.Menarik juga apabila jumlah undi calon bebas NAI KHAN ARI mengatasi jumlah undi yang di perolehi KAK MIN.NAI KHAN ARI mendapat 494 undi manakala KAK MIN mendapat 392 undi.Calon bebas terakhir KAMARUL RAMIZU hanya memperolehi 56 undi,undi yang di perolehi KAMARUL RAMIZU lebih rendah daripada undi yang di terima ketika menjadi calon bebas untuk PRK BUKIT GANTANG.
Keadaan sunyi dan tidak meriah kali ini menjadi suatu pelajaran baru untuk di pelajari di dalam proses pilihanraya di MALAYSIA.UMNO berterusan menafikan bahawa mereka menghasut pengundi supaya keluar mengundi,tetapi hasil dari risikkan menunjukkan memang ada aktiviti menghasut supaya tidak keluar undi.Contohnya kenyataan PEMIMPIN UMNO PULAU PINANG membuat kenyataan supaya tidak keluar jika keluar mengundi di kira pengkhianatan kepada UMNO.Jelas menunjukkan sebanyak 5000 ahli UMNO tidak keluar mengundi kali ini.Ini yang dinamakan tak nak bertanding tapi nak menang.MANIK URAI menanti UMNO,ADAKAH SPR AKAN MENGENAKAN PERATURAN YANG SAMA?segala kemungkinan boleh berlaku.
No comments:
Post a Comment