SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Wednesday, June 24, 2009

KEDAH AKAN TERLEPAS KE TANGAN UMNO JIKA PAS MASIH MEMERINTAH KEDAH?

Pas Kedah memang bermasalah. Jika perlu negeri Kedah harus menukarkan corak pemerintahannya. Dasar pemerintahan yang terlampau ekstrem, menekan dan sedikit menindas memberikan masalah yang besar kepada masyarakat pelbagai kaumnya.

Begitu seperti yang diujarkan oleh dua orang yang dikatakan rakyat Kedah kepada MKini di ruangan Vox Populi.

Ruangan tersebut mengutip pelbagai pendapat rakyat Malaysia berdasarkan artikel-artikel yang disiarkan di situ.

Salah seorang dari mereka berkata, “[s]aya harap perkara ini dapat dibawa kepada Anwar Ibrahim yang kemudiannya meminta (pimpinan) PKR Kedah mengambil alih pentadbiran negeri sebelum Pas memusnahkan keseluruhan Kedah.”

Sebelum itu Fairus Hazli juga turut berkata, “[w]alaupun kuota bumiputera telah dinaikkan sebanyak 30% ke 50% ia ‘membunuh’ kontraktor Melayu di mana terdapat jumlah projek perumahan yang agak kurang di Kedah pada masa ini. Ini bermakna kurangnya pekerjaan sub-kontrak buat kami.”

Turut berkongsi pendapat yang sama ialah Suresh. Beliau berkata,”Pakatan Rakyat akan kalah di PRU akan datang jika Kedah masih dibawah Pas.”

Katanya lagi, kaum India di Kedah telah dipinggirkan oleh kerajaan negeri.

“Saya tabik dengan idea dari Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang yang mengatakan bahawa PKR dan DAP patut kerjasama dengan BN”.

“Tetapi PKR dan DAP mesti diberi peran utama di dalam kerajaan negeri Kedah.”

Pendapat mereka berdasarkan artikel Kedah PKR, DAP told to abandon PAS yang ditulis oleh Athi Veeranggan dan tersiar pada 23 Jun yang lalu.

SAM AHMAD,PERAK EXPRESS

1 comment:

rizal said...

saya pun tabik ketua pemuda gerakan kedah tan keng liang.